Jika disenaraikan ciptaan – ciptaan sains moden yang membuatkan kita rasa tak senang, seolah – olah kita menyaksikan sesuatu yang datang bukan daripada bumi, Ferrofluid mungkin termasuk dalam senarai tersebut.

Ferrofluid GIF
Tak, ini bukan daripada filem Venom terbaru.

Beberapa video yang berlegar di internet yang mendemonstrasikan ‘kepelikan’ bendalir ini cukup untuk buatkan kita termenung khayal apabila menontonnya.

ferrofluid GIF
Macam benda hidup. Dia … tak gigit kan?

Semakin ditonton, semakin pelik. Semakin … nak bawa pulang untuk dieksperimen di rumah.

ferrofluid GIF
Boing boing.

Apa Sebenarnya Benda Ni?

Ferrofluid dihasilkan pada tahun 1960 oleh Steve Papell, seorang jurutera di Lewis Research Centre. Beliau peroleh idea untuk memagnetkan minyak roket untuk memudahkannya disedut keluar daripada tangki simpanan kepada enjin pada keadaan sifar graviti.

Caranya adalah dengan menggunakan partikel nano bermagnet dan disebatikan dengan bendalir pembawa, dan kemudian dilapisi dengan surfaktan supaya ia tidak bergumpal.

Writing Taking Notes GIF
“Uhum, hah. Betul tu.”

Dengar macam rumit dan sofistikated kan? Malangnya ia tidak menjadi seperti yang diharapkan. Ferrofluid bagaimanapun kemudian digunakan dalam aplikasi lain seperti pembesar suara, pemprosesan bahan kimia dan pembuatan semikonduktor. Pada masa hadapan, saintis berharap bahan ini dapat digunakan untuk merawat kanser.

Bahan ini menjadi popular dan tular apabila jatuh ke tangan ahli – ahli seni. Ia digunakan dalam pelbagai imej – imej abstract, dalam filem dan dalam jam digital berestetika.

Ferrofluid GIF
Kenapa mesti guna tengkorak, artis – artis sekalian?

Jadi bagaimana ia menjadi bentuk bergigi yang pelik tu? Penjelasannya merangkumi tindakan pelbagai daya yang yang menghasilkan keseimbangan kimia, seperti daya magnet, jalinan (bond) dengan atom besi, ketegangan permukaan, daya Van der Waals dan graviti yang bereaksi serentak.

Atau anda boleh saja kata ia teknologi alien. Tak ada siapa yang berani bantah, jangan risau.

ferrofluid GIF
Yup. Alien.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.