Sebuah laman Facebook, Bright Side , mengemukakan satu soalan uji minda yang membingungkan kepala:

Soalannya berbunyi: Ini satu bulatan biasa. Lukiskan 2 garisan lurus untuk menjadikan 3 bulatan.

Soalan ini admin pun tak tau jawapannya. Dan nampaknya ribuan netizen juga pecah kepala memikirkan solusi kepada masalah yang dianggap mustahil ini.

Tapi percubaan – percubaan yang dibuat oleh netizen membuatkan pembaca tak kering gusi ketawa, sehingga dijemput duduk untuk membaca komen:

“Saya bawa kerusi untuk semua orang yang datang baca komen”

Jawapan Golongan Berputus Asa

Kebanyakan jawapan yang dicampak netizen adalah jawapan – jawapan ‘merepek’ tanda memprotes soalan yang tidak masuk akal tersebut:

“Apa kata kita kejutkan dia?”
“Dalam soalan itu ada huruf o, macam bentuk bulat. Garis yang tu kot”
“Tak nak beli. Terima kasih”
“Lepas beranak lahirlah dua lagi bulatan yang comel”
Tak … tau ….
Jawapan abang ni macam bagus, tapi bila letak dua cermin bertentangan tak jadi 2 pantulan. Jadi infiniti pantulan.
“Ini jangka lukis. Lukis la seberapa banyak bulatan hangpa nak”

Dan berikut pula jawapan orang yang paling berputus asa:

Kan dah hilang satu follower. Tanya benda mengarut lagi.

Jawapan yang macam betul

Tapi ada juga jawapan – jawapan kreatif yang boleh jadi … macam … mungkin … betul.

Jadikan pukul 10. Jadi ada tiga nombor kosong. Tiga bulatan.
Dua garisan lurus pada bulatan 3D akan nampak seolah – olah ia melengkung. Tapi apabila dilihat daripada satu sudut 2D, ia nampak bulat. Jadi ada tiga sudut yang boleh mendatangkan tiga bentuk bulat.
Potong bulatan tersebut, maka akan ada 3 bulatan baru bila kita lihat dari bawah.
Apabila dipandang dari sisi, 3 garisan lurus ini membentuk bulatan

Jawapan yang Betul! (Rasanya)

Admin Brightside tak berikan jawapan yang sebenar (setakat yang saya cari), tapi rasanya ada satu jawapan yang betul, berdasarkan respon yang diberi di bahagian komen:

“Macam tu je? Padam je soalan?”

Ini adalah satu – satunya versi jawapan yang dibalas oleh Bright Side. Tapi jawapannya tak meyakinkan : “Wow, jadi kamu tak dapat jawab?”.

Namun kemudian terdapat seorang lagi yang menjawab dengan jawapan yang sama, dan ia turut mendapat balasan yang sama:

Maka … rasanya betullah. Itulah jawapannya.

Tapi soalan ini memberikan beberapa pengajaran bermakna:

  • Jangan tanya soalan uji minda pelik – pelik kepada netizen.
  • Sesetengah netizen boleh dibuat kawan hanya dengan jawapan yang mereka beri
  • Bila tak dapat jawab, padam saja soalan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.