Tulisan terbaru Ustaz Hasrizal mengenai masalah sekolah asrama mencetus kesedaran terhadap isu model institusi pendidikan tersebut.

Tulisan yang bertajuk Sekolah Berasrama dan ‘Boarding School Syndrome’ tersebut mendedahkan bahawa sistem sekolah asrama hakikatnya meninggalkan kesan psikologi terhadap kanak – kanak sepanjang hayatnya dan tak sepatutnya menjadi menjadi bahan gurauan.

Menariknya, tulisan tersebut dipersembahkan dalam bentuk penceritaan peribadi dialog ustaz dengan anaknya yang seronok belajar di asrama. Bersulamkan sumber kajian akademik, ustaz Hasrizal kemudian menyatakan bahawa sekolah asrama telah menjejaskan hubungan beliau dengan keluarga semenjak kecil.

Sebab itu semasa abi duduk di tepi kubur opah Ogos lalu, abi menangis sepuas-puasnya sebab antara kata-kata Opah yang abi teringat semasa abi nak ke Jordan dulu ialah, “lepas kamu ke asrama, kamu dah jadi ‘anak kerajaan’. Emak dah tak rasa emak menjaga kamu!”

Beliau juga mengusulkan bahawa sekolah asrama, sebagaimana idea asal penubuhannya, sewajarnya dijadikan pilihan sekiranya TERPAKSA. Terpaksa kerana perlukan bantuan kerajaan, atau apabila keluarga tidak mampu menyediakan keperluan asas persekolahan kanak – kanak.

Tambah sentap lagi, ustaz Hasrizal juga mendedahkan kebenaran sekolah asrama yang melahirkan pelajar – pelajar elitis yang bongkak.

Saya mual dengan idea old boys, alumni sekolah ini dan sekolah itu, kerana jiwa saya lebih resah memikirkan ketidakadilan di dalam pengagihan bajet sistem pendidikan kita secara keseluruhannya. Saya malu untuk berasa gah dengan pengalaman bersekolah asrama elit ketika mana saya tahu bahawa di bawah kementerian dan kerajaan yang sama, ada banyak sekolah lain yang terbiar kedaifan.

Menurut kertas kajian Boarding School Syndrome oleh Dr Joy Schaverien, anak – anak yang dihantar ke sekolah asrama pada usia awal mengalami kehilangan tempat bergantung, yang kemudian membentuk trauma.

Mereka terdedah dengan penderaan seksual oleh staf atau kanak – kanak lain lantas mereka membentuk lingkungan perlindungan yang baru. Hal ini menyembunyikan identiti peribadi mereka yang sebenar, yang bakal memberi kesan pada kehidupan dewasa mereka.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.