Apabila tiba musim persekolahan sesi baru, pasti media sosial akan meriah dengan pelbagai cerita murid – murid yang mencuit hati, mengharukan dan mengagumkan.

Hebatnya Bahasa Inggeris adik ni..

Namun malangnya, terdapat suatu trend berita yang nampaknya masih berterusan dan tidak dapat dikikis sampai sekarang:

Berita ‘Miang’ terhadap cikgu – cikgu cantik.

Salah satu berita tentang cikgu cantik, dengan caption yang hampir sama setiap kali, dilaporkan oleh sebuah media arus perdana

Hakikatnya, berita sebegini diterbitkan setiap tahun setiap kali musim persekolahan baru oleh pelbagai portal media, termasuklah media arus perdana:

Tingkah laku segelintir portal berita serta pengguna media sosial yang mentularkan hal – hal sebegini ditegur oleh mereka yang kesal terhadap sikap buruk kepada nilai pendidikan dan para pendidik ini:

Laporan berita sedemikian juga dipersoalkan oleh warganet sebagai tidak relevan:

“Asal cantik je viral … myampah plak .. Cikgu yg x cantik mcam mana plak ? Jgn cntik tp pngkatan dlam pmbelajaran 👎🏻👎🏻👎🏻 .. bnyak lg ckgu yg berkualiti.. jgn nk plih bulu” – Abie Musa

“Tak cantik mana pun. Org yg viral cerita ni matanya kerek kot. Yg penting parents mengharapkan cikgu yg berkaliber mengajar hingga anak mereka bijak pandai. Cantik tak ada maknanya. Mungkin sipenulis ni tengah gila bayang kat cikgu tu.” – Faridah Harun

“Kesian cikgu2 senior yg dah lama bertungkus lumus melayan karenah anak2 tahun 1 tak de pulak wartawan menemuramah bertanyakan rahsia sehingga mampu bertahan sampai di penghujung karier… sebab bukan calang2 guru yg boleh mengajar di tahun 1.. kalau tak ampuh, tak sabar, yg penting kalau tak penyayang kpd kanak2 takkan dapat mampu bertahan. Salute kpd semua rakan guru tahun 1 dan tadika” – Firdaus Din

“Maaf la media. Tolong la hentikan semua ni. Tiap kali bukak sekolah je ada je cikgu yang ko viralkan. Ko buat macam ni menyebabkan masyarakat fikir cikgu sekarang ni bergaya je lebih. 
Entah apa apa. Tiap kali awal tahun benda yang kau tumpukan siapa cikgu paling cantik. Fikir kami ni pendidik macam model ke?” – Benz Hussin

Semoga martabat guru terus dipelihara dan ditingkatkan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.