Seorang pengurus pusat tuisyen baru – baru diugut oleh ibu bapa pelajar kerana enggan membayar yuran untuk hari – hari yang tidak dihadiri anaknya.

Anda mengenakan caj untuk kelas yang tidak dihadiri pelajar tersebut kerana mereka telah pun habis periksa. Tak ada otak!

Mesej tersebut dibalas dengan baik oleh pengurus pusat tuisyen, dengan mengatakan ‘terima kasih atas maklum balas anda‘.

Namun kemudian ia dibawa pula kepada ugutan dan maki hamun.

Saya tak akan galakkan sesiapapun pergi ke pusat tuisyen anda. Tak bertanggungjawab, bodoh dan tamak. Saya akan bawa hal ini kepada sekolah, ibu bapa dan guru. Saya juga akan buat aduan ke kementerian supaya pusat tuiseyn tamak ini dihentikan operasinya.

Puan Fauziah Sirat, pengurus pusat tuisyen Seri Mawar Bestari tersebut kemudian menyatakan bahawa inilah cabaran yang perlu dihadapi untuk mendidik ibu bapa.

Image may contain: Fauziah Sirat, smiling
Puan Fauziah Sirat

“Inilah yang saya katakan mendidik ibu bapa itu merupakan satu pekerjaan yang sangat menuntut hati yang kuat dan ketabahan yang luar biasa.

Bayangkan bagaimana generasi muda yang berakhlak dapat dilahirkan apabila orang dewasa bercakap menggunakan perkataan-perkataan sebegini dan ugutan untuk menyelesaikan kemelut”

Beliau kemudian mengetengahkan persoalan sama ada wujud tuisyen yang dicaj mengikut bilangan pelajar hadir ke kelas. Persoalan ini turut digemakan netizen lain:

Isu ini timbul setiap kali hujung tahun.
Jika bas sekolah pun dibayar 12 bulan, mengapa tidak pusat tuisyen?
Bayar yuran dianggap merugikan, seolah – olah tidak menghargai kerja keras guru – guru.

Namun hal yang lebih besar daripada kemelut ini sebenarnya adalah refleksi bahawa ibu bapa hanya menganggap pendidikan itu hanyalah untuk peperiksaan.

” Inilah juga mentaliti berpaksikan peperiksaan. Anak-anak dihantar ke pusat tuisyen hanya untuk menyiapkan mereka ke medan peperiksaan. Apabila peperiksaan tamat, kelas tuisyen tak perlu dihadiri dan yuran tuisyen perlu dikecualikan” kata beliau.

Berbeza dengan tumpuan rata – rata pengendali pusat tuisyen lain yang semata – mata berfokuskan gred peperiksaan, visi Puan Fauziah ini ternyata unik, kerana beliau tegas mengatakan peningkatan pelajar lebih penting daripada grednya, walau tidak disenangi ibu bapa yang saban hari menanyakan kad laporan.

Keuntungan bukanlah hal yang dikejar.

Image may contain: 2 people, text

Begitu juga, bagi beliau yang merupakan salah seorang pakar rujuk isu pendidikan, yang perlu dididik bukanlah peperiksaan, tetapi sikap cinta belajar.

Bila kerajaan umumkan murid sekolah rendah Tahap 1 tiada peperiksaan mulai 2019, usahlah ibu bapa berjoget-joget seronok anak tak perlu belajar. Juga tak perlulah ibu bapa melenting marah-marah sebab tiada peperiksaan.

Anak-anak perlu dididik budaya cinta belajar. Ada peperiksaan, tiada peperiksaan bukan persoalan. Yang perlu dipersoalkan ialah bagaimana kita mahu suburkan semangat mahu belajar; walau di luar buku teks, walau di luar sekolah.

Puan Fauziah Sirat

Beliau bagaimanapun kemudian menerima sokongan yang tak putus tiba daripada para pendidik, bekas pelajar dan warganet:

Nampaknya kita peroleh penamat yang gembira untuk cerita ini:

Jika semalam, tidur saya didodoikan dengan perkataan seperti ‘idiot’, ‘no brain’, ‘selfish’ dan ugutan-ugutan menaburkan pasir ke periuk nasi saya, hari ini saya bangun dengan semangat baharu.
Terima kasih anak-anak yang penuh rasa empati, mencairkan gulana saya dengan kata-kata semangat untuk saya bangkit lebih kuat.


Terima kasih ibu bapa hebat kerana mendidik anak-anak sebaik ini hingga mampu menyuntik elemen positif kepada ‘orang tua’ seperti saya.


Tahniah! Anda sumber inspirasi saya!💪


Nota: di saat-saat saya menerima kata-kata keras semalam, sedikit pun air mata tidak mengalir. Tetapi sebaik sahaja membaca kata-kata daripada pelajar-pelajar saya, berhamburan air mata tak mampu diseka lagi😭😭😭😍😍😍.

Puan Fauziah Sirat

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.