Masalah kehadiran murid adalah satu masalah yang dialami oleh hampir semua sekolah. Pelbagai cara dibuat untuk memastikan murid hadir seperti mengambil kehadiran di pintu pagar, menelefon ibu bapa, dan mendenda murid yang tidak hadir berkali – kali.

Namun sebuah sekolah di Johor pergi lebih jauh apabila mereka mengguna pakai sistem biometrik – imbasan cap jari untuk mengambil kehadiran murid.

Laporan NTV7

Sistem canggih yang diguna pakai oleh SMK Bandar Tenggara itu juga membolehkan ibu bapa untuk menerima laporan langsung status kehadiran anak – anak mereka.

Setiap hari, murid dikehendaki mengimbas jari mereka di terminal khas sistem biometrik tersebut.

Pengetua sekolah tersebut, Puan Noraini Mohd Nor mengatakan bahawa sistem ini adalah satu usaha untuk mencapai KPI kehadiran 95%.

Sistem ini juga memudahkan guru, kerana mereka tidak perlu lagi mengambil kehadiran pelajar secara manual setiap hari.

Aplikasi MySekolah

Ibu bapa rata – rata menerima baik pengenalan sistem biometrik ini kerana mereka mudah untuk menyemak kehadiran anak – anak, mereka, hanya dengan merujuk kepada aplikasi kehadiran khas.

Untuk menampung kos sistem tersebut pula, ibu bapa dikehendaki membayar RM15 setahun untuk satu keluarga.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.