Sungguhpun otak manusia merupakan struktur paling kompleks dalam alam semesta, dengan kemampuan jauh mengatasi supercomputer termaju dunia, ia masih terbatas.

Kita tidak mampu untuk membayangkan satu warna yang kita tak pernah tengok sebelum ini (cubalah!).

Kita juga tidak mampu untuk membayangkan dimensi ke empat (4D), kerana kita hidup dalam dunia tiga dimensi (3D).

Namun, sebuah permainan video yang bernama 4D Toys mungkin boleh membuatkan kita faham sedikit situasi dunia 4D. Ia sememangnya satu permainan yang membuat minda kita meletus.

Dalam permainan ini, bentuk – bentuk 3D berperangai sangat pelik. Secara tiba – tiba bentuk petak bertukar menjadi piramid, kemudian menjadi bentuk kuboid yang tidak seragam, bentuk sfera pula bertukar – tukar saiz dari besar ke kecil, dan tiba – tiba bentuk tersebut hilang.

Permainan – permainan 4D

Rupa – rupanya, apa yang berlaku adalah bentuk – bentuk 3D tersebut masuk ke alam 4D, lantas mengubah keratan rentasnya.

Chris Rock What GIF
… Cakap bahasa Melayu?

Sabar, ini sedikit penjelasan untuk bantu kita faham dimensi – dimensi tersebut.

0D, 1D, 2D, 3D dan 4D

Dimensi kosong adalah adalah satu titik di dalam ruang. Ia tidak mampu pergi ke mana – mana.

Apabila kita susun titik – titik tersebut bersebelahan satu sama lain, kita akan dapat satu garis 1D. Satu garisan sebenarnya adalah gabungan siri – siri titik yang bersambung.

2D pula adalah apabila garisan lurus tersebut disusun bersebelahan satu sama lain. Apabila kita ‘memanjangkan’ garis lurus tersebut dalam dimensi kedua, kita akan peroleh bentuk segi empat. Apabila kita bergerak dalam dua dimensi ini, kita berada pada garisan – garisan berbeza yang dipanggil satah.

3D pula adalah siri – siri satah yang disusun bersebelahan satu sama lain. Apabila kita bergerak pada dimensi ketiga ini, kita sebenarnya bergerak merentasi satah – satah yang berbeza. Kita panggil ini sebagai ruang. Kiub adalah bentuk apabila kita memanjangkan satah sepanjang dimensi ketiga.

Sekarang kita masuk pada dimensi keempat, ia agak menakjubkan. Sama seperti dimensi – dimensi tadi, 4D adalah siri – siri ruang 3D yang disusun bersebelahan satu sama lain. Apabila kita bergerak merentasi dimensi keempat, kita dapati diri kita pada ruang – ruang 3D yang berbeza. Apabila kita memanjangkan ruang 3D ini, kita akan peroleh bentuk kiub 4D atau tesseract, (eh jap, macam pernah dengar).

Cuma masalahnya, disebabkan kita hidup dalam alam 3D, kita tak dapat tengok dimensi 4D yang sebenarnya. Rajah di atas nampak macam bertindan satu sama lain, tapi kalau kita kanak – kanak yang dilahirkan oleh emak 4D di dunia 4D, kita akan nampak satu bentuk yang tak bertindan.

Related image
Dan kalau kita kahwini wanita 2D, kita akan diminta kunjungi mana – mana pusat mental yang terdekat.

Apa Jadi Kalau Satu Makhluk Dimensi Lain Kunjungi Dimensi yang Lebih Tinggi?

Bayangkan anda seorang manusia 2D yang wujud di dimensi 2D. Hidup anda indah, semua benda bergerak atas bawah, kiri kanan.

Animated GIF
Kehidupan dunia 2D.

Tapi bagaimana kalau dunia anda sebenarnya 3D, tapi anda saja yang tersekat pada satu satah 2D?

Animated GIF
Keadaan apabila makhluk 2D tinggal di dunia 3D. Apa yang dia nampak adalah
pada kotak kecil di sudut kiri.

Apa yang berlaku adalah, anda akan dapati bola yang bergerak – gerak di dimensi 3D sebagai satu bentuk bulatan 2D yang mengecil dan membesar, serta terapung. Sedangkan sebenarnya keratan rentas 3D bentuk bola tersebut berubah – ubah.

Apabila satu bentuk kiub 3D bergerak – gerak dan berputar – putar pada keratan rentas 2D, kesannya lebih dramatik.

Animated GIF
Apa yang diperhatikan oleh lelaki 2D (video besar) dan situasi sebenar 3D (video kecil di sudut kiri)

Bagi lelaki 2D tersebut, dia akan perhatikan bentuk petak tersebut berubah – rubah bilangan sudut, menjadi bentuk kuboid pelik dan terapung – apung. Apabila ia terkeluar daripada satah 2D, ia hilang daripada pandangan.

Bagi kita yang menonton di dunia 3D pula (sudut kiri) segalanya masuk akal. Namun kita juga akan dapati kebingungan apabila kita dibawa ke dunia 4D sedangkan kita masih hanya mampu melihat ruangan 3D.

Animated GIF
Situasi dunia 4D pada pandangan makhluk 3D

Dalam video GIF di atas, prinsip yang sama berlaku kepada situasi lelaki 2D tadi. Kita sebagai makhluk 3D melihat dunia 4D dengan kepelikan.

Maka sebenarnya, apa yang kita perhatikan adalah keratan rentas 3D pada bentuk – bentuk dunia 4D. Bentuk sfera yang terapung adalah keratan rentas 3D untuk bentuk sfera hyper 4D. Bentuk – bentuk kiub itu pula berubah – ubah bilangan permukaannya kerana ia sebenarnya keratan rentas 3D untuk bentuk kiub hyper 4D. Apabila bentuk – bentuk tersebut bergerak keluar ke dimensi 3D, ia hilang.

Dan bukan itu saja, dunia 4D ini juga mampu melakukan perkara pelik yang mencanggahi fizik dunia kita. Seperti menceraikan dua bentuk yang mustahil cerai.

Animated GIF
“Aku tak faham sepatah pun artikel ni tapi benda ni cool gila”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.