Mahu rasa diri anda tua? Tanya mana – mana pelajar sekolah rendah kalau mereka tahu apa itu disket.

Disket, cakera liut, floppy disk tu. Yang kita orang – orang tua dahulu gunakan untuk simpan data. Yang kemudian diganti oleh CD dan pendrive, kemudian Dropbox dan Google Drive..

america disk GIF
Dropbox, Google Drive mana boleh buat macam ni.

Bancian YouGov terhadap 2011 kanak – kanak berusia dalam lingkungan 6 – 18 tahun dapati 67 peratus tidak mengenali apa itu disket.

Ya, terdapat sebahagian daripada mereka yang mengatakan itu adalah simbol ‘save’ di komputer.

Image result for floppy disc meme
Jadi betul lah meme ni.

Di samping itu, mereka turut menanyakan sama ada kanak – kanak tersebut masih mengenali beberapa lagi teknologi – teknologi ‘kuno’ yang pernah digunakan generasi terdahulu.

Teknologi – teknologi yang tidak lagi digunakan secara meluas dan semakin dilupakan.

71% daripada mereka tidak lagi mengenali projektor yang dahulu biasa digunakan di kelas – kelas, 40% tidak mengenali kaset muzik. Namun agak mengejutkan hanya 27% yang tidak mengenali mesin taip.

Bagi yang tidak mengenali mesin taip pula, mereka mengatakan ia adalah ‘benda yang digunakan untuk menulis skrip filem’.

Perubahan Teknologi Terlalu Cepat

Kita sekarang berada di gerbang Industri Revolusi Keempat, dan ia menjadi punca keresahan pelbagai pihak.

Kerana antara lain, revolusi ini dirasakan terlalu cepat.

“Jika anda lihat pada revolusi pertama, kedua atau ketiga, teknologinya berkembang, tetapi ia melangkaui beberapa generasi dan tempoh hayat manusia. Namun sekarang revolusi berlaku kurang daripada satu tempoh generasi” kata Xavier Bourgouis, pegawai informasi firma teknologi Barco.

Sekarang kita ada orang yang tahu bagaimana membaiki kaset, tetapi anak mereka tidak tahu apa kegunaannya. Bila anak 6 tahun saya menonton filem di skrin TV, dia pergi kepada skrin tersebut dan cuba menyentuhnya.

Jika anda berminat untuk meneroka lanjut kesan Revolusi Industri Keempat ini, boleh tonton video di bawah:


Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.