Apabila kita belajar matematik, kita akan perasan bahawa semakin lama kita belajar, semakin kurang nombor digunakan. Sebaliknya yang mula memenuhi papan putih di hadapan adalah huruf dan simbol.

Dalam banyak – banyak simbol matematik (yang memang sangat banyak), ada suatu simbol yang sering kali menimbulkan sakit kepala apabila ditulis, iaitu simbol ξ .

Pertama sekali, tak ramai yang tahu nama simbol tersebut. Ia biasa dipanggil ‘simbol ain pelik’ , ‘simbol garis conteng bengkang bengkok’, atau ‘tornado squiggle’.

Image may contain: text

Simbol tersebut sebenarnya dipanggil ‘Xi‘ , ia salah satu huruf Greek.

Dan kita biasa jumpa simbol tersebut apabila kita belajar mengenai set semesta.

Gambar rajah Venn dengan set semesta ξ

Sukar Ditulis, Sampai Jadi Meme

Kepayahan untuk menulis simbol ξ tersebut diakui oleh hampir semua pelajar matematik di mana saja sehingga menjadi meme.

Pelajar matematik memuat naik gambar tulisan ξ yang paling buruk mereka pernah lihat.

Tak tahu pula ada simbol spagetti dalam matematik
Ini simbol Taufan, maksudnya bila ada simbol ni kamu kena lari.

Pengguna ini mengatakan semakin banyak ditulis simbol tersebut, semakin berubah menjadi nombor 3

Simbol ξ juga nampaknya berupaya berubah menjadi sekalian simbol dalam Bahasa Manusia.

Ada yang membuat percubaan yang tak sama langsung, tapi tetap berbangga.

Dan sudah pasti, ramai yang menyalahkan orang Greek kerana memilih simbol yang semacam sengaja dibuat kompleks dan susah. Tak ada simbol lain ke?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.