Pernah tak anda mengingat sesuatu, dan yakin betul dengan ingatan anda, sehinggalah memori anda tersebut dibuktikan salah? Sudah pasti anda akan merasa tak boleh terima dan terkejut. Seolah – olah anda tertipu sepanjang hidup anda.

Image result for my whole life is a lie

Tapi jika memori tersebut turut dikongsi oleh ratusan malah ribuan manusia yang lain yang turut yakin bahawa ingatan mereka betul, tetapi kemudian dibuktikan salah, maka kita panggil fenomena tersebut sebagai Kesan Mandela.

Kesan Mandela ditakrifkan sebagai fenomena salah ingatan secara kolektif orang ramai orang.

Image result for nelson mandela
Nelson Mandela

Perkataan ini berasal pada tahun 2010, apabila ramai orang di internet memiliki memori yang salah bahawa Nelson Mandela telah meninggal dunia. Ramai yang percaya bahawa beliau meninggal di penjara pada tahun 1980an. Hakikatnya, Mandela dibebaskan pada tahun 1990 dan meninggal pada tahun 2013.

Kemudian, ramai yang menyenaraikan banyak lagi perkara yang disalah ingat orang ramai orang dalam suatu sub – reddit khas r/MandelaEffect .

Berikut adalah beberapa contoh kesan Mandela yang dikenal pasti:

1) Orang Monopoli Tak Pernah Pakai Monocle

ENTITY explains the Mandela Effect

Ramai orang yang mengingat pakcik yang terkenal dalam permainan monopoli sebagai memakai monocle – cermin mata di sebelah mata.

Sebenarnya, dia tidak pernah pakai.

2) Mirror – Mirror on The Wall

Ini agak meletupkan kepala. Rasanya hampir semua orang mengingati adegan ibu tiri Snow White sebagai mengatakan ‘mirror – mirror on the wall’.

Tapi sebenarnya ayat sebenar yang disebut adalah ‘magic mirror on the wall’.

3) Pikachu Ada Belang Hitam Di Ekor atau Tidak?

People remember there being a black mark on Pikachu's tail, but if you take a look at Pikachu now, you’ll see nothing there. How so many people can remember an aspect of this character’s appearance that doesn’t actually exist, the world may never know.

Gambar Pikachu mana yang anda rasakan betul? Jika anda pilih gambar kiri (belang hitam), maka pilihan anda salah, kerana Pikachu tidak pernah ada belang hitam di ekor.

Tidak diketahui kenapa begitu ramai yang memiliki memori tersebut.

4) Kit Kat Ada Tanda Sempang Atau Tidak?

Some people seem to remember there being a dash in Kit Kat, making it “Kit-Kat,” but there isn’t one, and that frustrates them because they’re sure that once upon a time, there was one.

Terdapat segelintir orang yang betul – betul fikir bahawa Kit Kat miliki tanda sempang. Tapi mereka kemudian marah kerana ternyata mereka salah, walaupun mereka yakin betul.

5) Lagu ‘We Are The Champion’ Asal Berbeza dengan Apa yang Kita Biasa Nyanyikan

Ramai yang biasa mengingat lirik akhir lagu Queens yang terkenal ini sebagai “No time for losers, ’cause we are the champions…of the world!” 

Tapi sebenarnya ‘of the world’ tiada di akhir lagu. Ia cuma berakhir pada champions.

6) Seluar Mickey Mouse ada Tali Atau Tidak?

Related image

Tak tahu kenapa, ramai orang yang miliki memori bahawa Mickey Mouse ada tali pada seluarnya. Sebenarnya tiada. Gambar yang betul adalah di sebelah kiri.

Mungkin kerana kita fikirkan bahawa seluar ikonik Mickey Mouse tersebut tidak cukup ketat, maka otak kita wujudkan imej tali pengikat pada bahu watak tersebut.

Ada juga orang yang klaim bahawa terdapat patung permainan Mickey Mouse yang miliki tali tersebut.

7) Looney Tunes, bukan Looney Toons.

Image result for looney tunes or toons

Ini juga buat pening kepala. Sepatutnya ‘Looney Toons’ lah kan? Sebab itu yang kita ingat, dan masuk akal lah Toons untuk Cartoons.

Tidak, nama yang asal bukan ‘Looney Toons’ tetapi ‘Looney Tunes’.

8) Febreze, bukan Febreeze

Image result for febreze

Kita biasa menganggap ejaan pada jenama penyaman udara ini sebagai ‘Febreeze’, ialah, sebab ‘breeze’ itu sendiri membawa maksud angin, malah sesuai dengan sebutannya.

Tapi sebenarnya memori kita salah. Ejaan sebenar kurang satu ‘e’, iaitu Febreze.

9) Rubik’s Cube, bukan Rubix Cube

Image result for rubik's cube

Sewaktu di asrama ramai yang mencari – cari rubix cube untuk dijadikan hobi baru. Namun rupa – rupanya ramai yang salah eja permainan tersebut. Sebenarnya namanya ialah Rubik’s cube.

10) “No, I am Your Father”

Antara contoh kesan Mandela paling terkenal, slogan ikonik yang sering kali diulang – ulang daripada filem Star Wars ternyata bukanlah “Luke, I am Your Father”, tetapi “No, I am Your Father”. Tak percaya? Dengari sendiri.

Apa Penyebab Fenomena Ini?

Perkara yang lebih menarik mengenai fenomena kesan Mandela ini adalah berbagai – bagai teori yang dikemukakan untuk mencuba menjelaskannya.

Ia antara lain cuba dijelaskan menggunakan teori kuantum, serta menjadi ‘bukti‘ bahawa berkemungkinan fenomena ini mendedahkan realiti ‘alam semesta selari (parallel universe) atau multimesta (multiverse).

michael fassbender movie s GIF

Dengan kata lain, kita mungkin berkongsi memori dengan kita di alam semesta lain, yang hidup dalam dunia di mana Pikachu sememangnya miliki belang hitam dan pak cik monopoli memakai monocle.

Ahli psikologi pula cuba menjelaskan fenomena ini menerusi penjelasan memori dan kesan sosial – terutama memori – memori salah. Menurut mereka, penciptaan memori – memori yang tidak pernah berlaku adalah hal yang biasa.

Apatah lagi dengan internet, kesalahan – kesalahan yang dilaporkan secara berulang – ulang lama kelamaan akan diterima sebagai kebenaran. Sebagai contoh, simulasi Permaisuri Diana dilanggar kereta sering dianggap sebagai rakaman video sebenar.

Terdapat juga sesetengah pihak yang membangkitkan teori konspirasi bahawa ia disebabkan oleh eksperimen large hadron collider CERN di Switzerland. Eksperimen CERN untuk mencari partikel misteri dikatakan telah mengoyakkan fabrik realiti ruang – masa.

Image result for large hadron collider
Large Hadron Collider

Namun terdapat juga penjelasan ringkas untuk misteri ini. Boleh jadi syarikat tersebut pernah mengeluarkan beberapa ‘batch’ produk yang berbeza variasinya dengan reka bentuk asal, atau mungkin terdapat media pop yang popular yang sengaja mengubah frasa terkenal untuk mengelak isu hak cipta.

The Simpsons mengungkapkan ‘mirror mirror on the wall’

1 COMMENT

  1. Lagu champion tu memang ada of the world untuk chorus yang awal dan tengah kecuali chorus terakhir. Jadi tak pelik pun kalau orang tersilap.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.