Fenomena pelik pokok petai berusia 30 tahun di Kampung Petani yang seakan – akan menangis baru – baru ini menggemparkan negara.

Image result for petai menangis

Pokok tersebut dilihat menitiskan air jernih umpama hujan renyai sejak minggu lalu, lantas dianggap sebagai hujan.

Terdapat segelintir orang yang kemudian menadah air berkenaan untuk dibawa pulang, ada juga yang minum, membasuh muka dan mandi air yang berbau petai itu.

Namun kemudian misteri itu ‘tangisan pokok petai’ itu terjawab. Ternyata air tersebut sebenarnya adalah daripada ‘kencing’ riang – riang.

Menurut laman web cicadamania, apabila riang-riang atau nama saintifiknya Cicada berkumpul dalam jumlah yang banyak pada hari panas, serangga itu minum dari cairan pokok dan akan ‘kencing’ ketika berbuat demikian.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.