Setiap tahun, bertan – tan buku dibuang oleh penerbit, dicarik – carikkan oleh perpustakaan, dan dilempar begitu saja oleh penghuni rumah.

Pekerja pembersihan di Ankara, Turki, bagaimanapun membuat keputusan untuk memberikan kehidupan baru kepada buku – buku lama terbuang yang mereka peroleh di longgokan sampah.

Garbage collectors in Ankara, Turkey browse for books at a library made up entirely of abandoned books.

Buku – buku terbuang tersebut digunakan untuk membina perpustakaan percuma. Kini koleksi buku telah melebihi 6000 naskhah.

Pengutip – pengutip sampah Turki itu memulakan kerja menyelamatkan buku – buku buangan selama beberapa bulan. Apabila cerita tentang usaha mereka berkembang, penduduk mula menderma buku sendiri secara langsung kepada mereka.

Adem Altan, AFP/Getty Images

Pada mulanya, perpustakaan tersebut hanyalah terbuka kepada pekerja dan keluarga mereka. Tetapi apabila koleksi mereka bertambah dan timbul minat dalam kalangan komuniti setempat, perpustakaan itu kemudian dibuka kepada orang awam.

Perpustakaan itu sendiri asalnya merupakan bangunan kilang batu bata kosong berdekatan dengan pejabat pusat syarikat pembersihan tersebut. Rupa – rupa struktur bangunan tersebut yang panjang dengan imej batuan lama cukup sesuai untuk dijadikan perpustakaan.

The library is housed in an old brick factory at the headquarters of the city's sanitation department.

Kini koleksi perpustakaan tersebut sudah begitu besar sehingga mereka meminjamkan pula sebahagian buku terbuang kepada sekolah, program pendidikan, serta penjara.

Ternyata, ilmu adalah milik semua, tidak kira apa juga kerjaya anda, pengurus syarikat, profesor, pengutip sampah atau pembantu rumah.

Garbage collectors started the library with books salvaged from the trash.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.