Amat jarang untuk kita temui saluran pendidikan orang Malaysia di Youtube. Lagi susah untuk kita dapati saluran pendidikan yang mengongsikan ilmu fizik tahap tinggi.

Mungkin kerana pelajar – pelajar sains tahap tinggi Universiti negara kita merasakan orang tidak berminat untuk mendengar. Mungkin juga kerana dirasakan membuat video Youtube merupakan suatu komitmen yang memerlukan pengorbanan masa, tanpa menjanjikan pulangan yang setimpal.

Namun nampaknya kini seorang ahli fizik dari UKM yang pernah tular mula memuat naik video beliau mengongsikan ilmu – ilmu menakjubkan mengenai fizik dan alam semesta.

Antara video yang dimuat naik

Mohd Hafizuddin Kamal suatu ketika dahulu pernah tular apabila mendedahkan pengiraan fizik sepakan luar biasa Faiz Subri.

Mohd. Hafizudin Kamal menunjukkan pengiraan matematik dan fizik
Mohd. Hafizudin Kamal menunjukkan pengiraan matematik dan fizik yang dilakukannya terhadap tendangan Mohd. Faiz Subri

fizik
Mungkin satu – satu jalan pengiraan Fizik yang tular di media sosial netizen kita.

Apabila diamati profail ResearchGate beliau, kita dapati beberapa kajian yang amat menarik merangkumi lubang hitam, lubang putih (ada rupa – rupanya), teori tetangsi (String Theory), mekanik kuantum dan lain – lain.

Tambah membanggakan, apabila tulisan – tulisan mengenai tajuk – tajuk berat dan besar ini turut dibincangkan dalam Bahasa Melayu.

Kalau tulis dalam bahasa Inggeris pun susah, apatah lagi nak diterjemah jargon – jargon saintifik ke dalam Bahasa Melayu.

Hal ini ternyata sangat mengagumkan kerana bukan sahaja tajuk seperti kuantum amat sukar difahami, untuk menerangkan ke dalam Bahasa Melayu adalah lebih susah. Usaha seperti ini sangat dihargai.

Bermakna, jika anda ingin bertanyakan atau merujuk masalah Fizik, yang boleh dibahaskan dalam Bahasa Melayu, inilah orangnya!

Sewaktu artikel ini ditulis, saluran Mohd Hafizuddin Kamal baru aktif memuatnaik 4 video sepanjang satu minggu lepas.

Ayuh tunjukkan sokongan untuk dorong beliau terus membuat video! Mana tahu kita bakal miliki saluran Youtube setaraf Veritasium, PBS Space Time atau Minutephysics keluaran tempatan! Mereka juga bermula dengan video – video ringkas sebelum kemudian dikagumi sebagai saluran – saluran fizik dengan video – video yang meletupkan otak, setelah mendapat sokongan penonton mereka.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.