Pengendali laman web falakonline.net meluahkan keluhan apabila seorang individu penyokong teori bumi leper meletup naik popularitinya sehingga menjadi bahan bualan seantero Malaysia, sedang laman web akademik rujukan falak tidak trending walaupun setelah 11 tahun.

Suhaimi Saad (penyokong teori bumi leper) trending setelah beberapa hari. FalakOnline tak trending walaupun setelah 11 tahun di media sosial. Mesti ada kesalahan yang saya lakukan…

FalakOnline merupakan antara laman web rujukan astronomi yang memuatkan pelbagai berita tentang cerapan langit, artikel astronomi, almanak, astrofotografi, fakta – fakta menarik astronomi, artikel – artikel bantahan terhadap hoax dan banyak lagi.

Pemilik laman web tersebut, Shahrin Ahmad, telah mengendalikan laman web pendidikan tersebut sejak 1999 lagi, dan bertujuan tidak lain untuk mengembalikan segala ilmu Allah yang diberikan.

219661_1844221437625_1369793_o

Beliau yang berpengalaman luas dalam bidang perkomputeran astronomi, peralatan astronomi dan astrofotografi lebih wajar dijadikan rujukan masyarakat berkenaan astronomi berbanding figura artis yang dipertikai kelayakan akademik mereka.

Membaca portfolio beliau juga mendatangkan rasa kagum terhadap minat dan kecintaan beliau yang mendalam berkenaan astronomi.

Namun entah kenapa, nampaknya masyarakat lebih gemar memilih mereka yang kontroversi berbanding mereka yang berprestasi.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.