Seorang pemegang ijazah yang kemudian memilih kerjaya sebagai badut menukilkan pandangan beliau yang cukup menarik untuk direnungi rakyat Malaysia, khususnya para graduan yang baru tamat pengajian.

Tulisan berikut dikongsikan daripada akaun Facebook Azizat Zainal, dengan izin beliau:

Salah ke Ada Degree Jadi Badut?

Hari ni just nak share sikit, alang2 semua duk naikkan gambar konvo dan sijil masing2, Hahah.

Sebenarnya sampai ke hari ni, masih ada yang bertanya kenapa aku jadi badut? Ada degree tapi kenapa pilih jadi badut? Yang bertanya orang yang rapat pun ada, dalam ahli keluarga pun ada. So, moh sini aku story sikit.

Yang Pertama,

Sebenarnya aku tak lari jauh pun dari bidang yang aku belajar dulu. Memang aku grad dari UIA. Tapi aku grad Bachelor in Applied Arts & Design. Dalam bidang seni, bidang kreatif.

Bukan ilmu tasawuf ke ilmu wahyu ke. Biasalah pandangan skeptikal orang bila grad UIA je jadi ustaz, jadi imam, jadi pegawai agama. Akhir – akhir bila ada apa2 majlis, aku kena tolak baca doa. Haha.

Bukan bro… ada berbelas fakulti (kitorang panggil kuliyyah) dan bawah setiap kuliyyah tu pulak berpuluh kos lagi pecah, bawah tu pecah majoring lagi. Ada satu je kuliyyah yang memang ajar bab agama ni, yang ni memang biasa grad jadi ustaz.

So, aku sekarang pun masih dalam bidang kreatif. Buat kerja2 hias belon , kendalikan peralatan, majlis, buat ukiran belon, reka grafik, merapu dengan budak2. Ini semua memang aku belajar dulu pun. Aku rasa aku memang guna hampir 80% apa yang aku belajar dulu untuk mencari rezeki sekarang.

Yang Kedua,

Banyak rakan yang beralih bidang selepas grad tu perkara biasa lah. Cuma kalau ditanya mengapa, dan ada jawap sebab nak buat apa yang betul2 minat. Sebab nak kejar pasion la, kepuasan diri la….

Ia tentang survival je sebenarnya. Dengan keadaan ekonomi, keluarga, peribadi dan geografi kadang2 memanglah kita takkan dapat apa yang betul2 kita nak. So usaha jelah apa yang kita mampu.

Ya ada, yang tinggal segala yang ada demi nak mengejar minat tapi bila masuk bidang bisnes yang betul2 berjaya tak sampai 10% pun. Minat je semata-mata takkan kemana. Tapi keinginan untuk berjaya, ubah hidup, beri kebahagiaan kepada yang tersayang, ini yang betul2 boleh tolak kita untuk buat perkara yang maybe sebelum ni tak pernah terfikir pun untuk buat.

Syukur Allah kurniakan aku beberapa bakat dan kebolehan, aku gunakan untuk mencari rezeki. Panjanglah ceritanya…. tapi lepas aku pindah Perak memang semuanya bertukar 360. Langsung tak sama dengan apa yang plan lepas grad dulu. Hatta tak pernah terlintas pun kehidupan sekarang ni dalam benak pemikiran aku masa belajar dulu.

Yang Ketiga,

Itulah kepelbagaian kan… dah semua nak jadi pegawai siapa pulak nak jadi badut kan? Semua sibuk masuk politik, siapa pulak nak bukak kedai? Semua dah menjual, siapa pulak membeli? Semua main fesbuk, siapa pulak nak main instagram? Semua suka bahenol, siapa pulang nak kecam?

Adalah hikmahnya kita dijadikan dengan seribu kepelbagaian didunia ini. Supaya kita saling lengkap melengkapi.

Akhir sekali, Siapa nak jadi badut jadilah sungguh-sungguh. Tak penting pun level pendidikan ko, sama je bayaran nanti. Takdenya sebab ada Master ke PHD ke bayaran ko jadi 2 ribu sejam.

Tapi jaga integriti, kepercayaan customer, ketepatan masa dan kualiti persembahan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.