Siapa tak kenal Wikipedia? Laman web ini dianggap paling berguna untuk setiap pelajar Universiti, kadang kala lebih daripada nota Profesor di kelas. Wikipedia mungkin merupakan asbab utama kejayaan puluhan ribu graduan di seluruh dunia.

Image result for wikipedia graduate

Namun tak ramai yang mengenali ‘raja’ di sebalik laman web informasi gergasi ini. Dengan jumlah suntingan melebihi 3 juta, dan 35 000 tulisan artikel asli, Steven Pruitt bertanggungjawab terhadap 1/3 isi dalam Wikipedia.

0126-satmo-wikipediaeditor-barnett-1767717-640x360.jpg
Steven Pruitt, beliau malah disenarai sebagai 25 individu paling berpengaruh Internet oleh Times

Wikipedia (menurut wikipedia) adalah sebuah eksiklopedia atas talian terbuka yang ditulis dan disunting oleh sesiapa saja sukarelawan tanpa mengira latar belakang.

Senarai penyunting Wikipedia terbanyak.

Steven Pruitt, atau nama samaran Wikipedia beliau
Ser Amantio Di Nicolao, adalah sukarelawan yang menghasilkan paling banyak suntingan, semuanya tanpa bayaran. Menurut Wikimedia, Pruitt adalah penyumbang paling teratas laman web yang mengandungi 5.7 million laman tersebut.

Bermakna, beliau mungkin merupakan hero di belakang tabir yang telah membantu anda semua bergraduasi sejak tahun 2006.

Steven Pruitt has made nearly 3 million edits on Wikipedia and written 35,000 original articles- all for free. CBSNEWS.COM Meet the man behind a third of what's on Wikipedia carefully, he's a hero

Untuk menyunting dan menghasilkan artikel – artikel sebanyak itu, Pruitt banyak membuat kajian di ensiklopedia, perpustakaan, malah kadang kala beliau turun sendiri membuat kajian lapangan untuk mendapatkan data. Beliau menghabiskan masa 3 jam sehari setelah kerja membuat suntingan, tulisan dan kajian.

Ketika ditanya kenapa beliau sanggup mengabdikan diri melakukan kerja percuma ini, ini jawab beliau:

Wikipedia adalah komuniti percuma. Rasanya tak patut meminta duit membuat suntingan. Ia adalah hobi. Hobi ini telah memakan kehidupan saya, tapi ia tetap hobi.

Kadang kala saya ada waktu semacam menyesal, tapi semua orang ada waktu – waktu begitu. Tapi apabila saya melihat balik artikel – artikel yang saya telah tuliskan, terutama untuk topik yang tak pernah ada liputan atas talian, saya rasa seronok. Perasaan melakukan perkara yang berguna, itu yang menolak saya untuk terus menulis.

Beliau juga menganggap bahawa usaha kumpulan Wikipedia ini mampu mengubah dunia dan merubah persepsi kita tentang keilmuan.

Niat dan pengorbanan Steven Pruitt ini mulia, namun dari satu sudut, ia menimbulkan keresahan terhadap lanskap maklumat dan keilmuan dalam laman web informasi terbesar ini.

Apabila dilihat latar belakang beliau, didapati bahawa beliau adalah graduan sarjana muda sejarah kesenian (art history).

Sedangkan salah satu kritikan utama terhadap Wikipedia adalah kredibiliti penulis – penulis yang bukan saja tidak dikenali, menggunakan nama samaran, malah tidak diketahui latar belakang akademik mereka serta bias mereka.

Disiplin ilmu menuntut kita untuk merujuk kepada ahli dalam bidang tertentu untuk dibuat rujukan. Sekurang – kurangnya jika mahu membaca artikel sains, penulis tersebut perlulah berlatar belakangkan sains, jika ingin merujuk sejarah, paling ditulis oleh sejarawan.

Wikipedia bagaimanapun mempersembahkan lambakan informasi tanpa dipastikan keahlian penulis dan penyunting, serta orientasi dan agenda mereka.

Apabila seorang individu yang tidak memiliki latar belakang akademik yang kuat bertanggungjawab terhadap 1/3 isi di sebalik enjin rujukan terbesar dunia, maka ini menimbulkan tanda tanya kualiti ilmu yang kita peroleh.

Bagaimanapun, Wikipedia hakikatnya memang tidak sepatutnya menjadi rujukan utama untuk sebarang kajian mendalam. Ia masih boleh diharmonikan sebagai alat akademik dengan disiplin ilmu yang betul. Cuma apa yang perlu diusahakan adalah didikan kepada masyarakat.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.