Pada usia 17 tahun, kita mungkin tidak lain dihantui dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan topik pengamiran matematik tambahan.

Tapi bagi remaja 17 tahun dari Pakistan Muhammad Shaheer Niazi, usia tersebut memperlihatkan beliau menawan komuniti saintifik dunia dengan penemuan saintifik yang pertama, sekaligus mengiktiraf dirinya sebagai seorang saintis.

Sarang Lebah Elektrik

Rose – window Instability (RWI)

Ahli fizik telah mengetahui fenomena sarang lebah elektrik (electric honeycomb) berdekad lamanya.

Ia berlaku apabila lapisan minyak diletakkan dalam medan elektrik antara satu elektrod rata dan satu elektrod runcing. Ketidakstabilan yang disebabkan oleh pengumpulan ion menghasilkan tekanan pada permukaan minyak – lantas menghasilkan corak yang cantik yang kelihatan seperti sarang lebah atau kaca berwarna.

Sarang lebah elektrik yang menyerupai kaca berwarna di gereja – gereja Gotik. Fenomena ini menunjukkan bagaimana alam mencari kestabilan dalam dunia yang tidak stabil. (Alberto T. Perez)

Pelajar sekolah tinggi daripada Lahore Pakistan ini berjaya mengambil gambar pergerakan ion yang membentuk sarang labah di samping merekodkan haba di permukaan minyak. Tiada orang yang pernah melakukan perkara ini sebelum ini.

Mengulang kembali fenomena sarang lebah elektrik ini saja sudah cukup mengagumkan, namun kejayaan merakam foto tersebut tidak pernah dicapai oleh komuniti saintis sebelum ini.

Imej yang menunjukkan ion keluar daripada hujung elektrod, yang kemudian menyebabkan permukaan berminyak membentuk sarang lebah elektrik (Shaheer Naizi)

Kajian tersebut sebenarnya bertitik tolak daripada penyertaan Shaheer dalam International Young Physicists’ Tournament, di mana beliau mewakili Pakistan buat kali pertama dalam pertandingan tersebut.

Kertas kajian saintifik beliau yang bertajuk ‘The Electric Honeycomb; an investigation of the Rose window instability‘ kemudian diterbitkan oleh Royal Society Open Science.

Masa Depan yang Cerah

Foto – foto termal yang dihasilkan oleh Shaheer mengejutkan serta mengagumkan ahli fizik Alberto T. Perez Izquierdo, yang sebelum ini belum pernah mengeksplorasi perubahan suhu pada permukaan minyak.

Beliau juga memuji kemahiran bereksperimen Shaheer seraya mengatakan

“Saya rasa sememangnya sangat mengagumkan untuk seorang saintis yang sangat muda untuk menghasilkan kajian seperti ini”

Di Pakistan, kejayaan beliau menjadi kebanggaan rakyat di sana serta menjadi tumpuan media.

Muhammad Shaheer Niazi

Shaheer yang ketika itu berusia 17 tahun berharap agar dapat memperoleh anugerah Nobel untuk Pakistan sebagai pewaris ahli fizik terkemuka Abdus Salam.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.