Selama ribuan tahun wanita meninggalkan kesan yang ampuh kepada masyarakat, mereka mengubah arus peredaran zaman, seraya mempengaruhi tamadun selama ratusan tahun.

Dalam peradaban Islam, wanita – wanita hebat daripada pelbagai latar kepercayaan dan kaum bekerja bersama – sama lelaki untuk memajukan komuniti mereka.

Kisah mereka yang menginspirasikan, personaliti hebat mereka serta kecekalan yang tiada tolok banding sewajarnya menjadi panduan dan rujukan kita pada hari ini.

Berikut adalah senarai beberapa tokoh wanita hebat pada zaman keemasan Islam

1Fatima al Fihri – Abad Ke-9

Fatima al Fihri membesar dalam keluarga yang terpelajar dan mempelajari fiqh serta hadis. Fatima mewarisi sejumlah wang yang besar daripada bapanya yang kemudian digunakan untuk membina masjid untuk masyarakat setempat. Dibangunkan pada tahun 859, masjid Qarawiyin adalah universiti tertua di dunia. Sebahagian pendapat mengatakan inilah universiti pertama dibina dalam sejarah.

Pelajar – pelajar mengembara ke sana dari serata pelusuk dunia utnuk mempelajari pengajian Islam, astronomi, bahasa dan sains. Nombor Arab dikenali dan digunakan oleh Eropah melalui Universiti ini.

2Al – Ijliya al Astrulabi – Abad ke-10

Astrolabe adalah merupakan antara ciptaan saintifik paling hebat dan penting dalam Zaman Pertengahan. Antara tokoh ternama yang menghasilkan Astrolabe adalah Al-‘Ijliyah bint al-‘Ijli al-Asturlabi yang mengikuti jejak langkah kerjaya bapanya di Aleppo dan kemudian diambil bekerja di halaman Sayf al Dawlah pada tahun 944 Masihi (333 H). Terdapat asteroid main belt (7060) Al-‘Ijliya yang dinamakan sempena nama beliau sebagai suatu penghormatan baginya.

3Sutayta al Mahmali – Abad ke-10

Sutayta dididik dan dilatih oleh beberapa sarjana termasuklah bapanya sendiri. Beliau cemerlang dalam pelbagai bidang termasuklah sastera Arab, hadis, fiqh dan matematik. Dikatakan bahawa beliau merupakan pakar dalam ilmu hisab dan faraid – kedua – duanya merupakan bidang matematik praktikal yang dikembangkan pada zaman beliau. Dikatakan juga bahawa beliau mencipta solusi kepada persamaan yang kemudian disitasikan (cited) oleh ahli matematik lain. Hal ini menunjukkan kemahiran tinggi beliau dalam matematik.

4Zaynab al Shahda – Abad ke-12

Zaynab adalah seorang ahli kaligrafi yang dikenali lantaran sumbangannya dalam fiqh, hadis dan husnul khatt. Beliau mendapat pujian hebat dan diposisikan sebagai guru Yaqut, khalifah terakhir Abbasiyah. Beliau juga merupakan ahli kaligrafi di Istana Musa. Dianggap sebagai guru yang cemerlang dan disanjungi, beliau menerima banyak anak murid yang menerima ijazah di bawah nama beliau. Populariti Zaynab sememangnya tidak dinafikan apabila beliau dinamakan sebagai Siqat al Dawla kerana pertalian beliau dengan al – Muktafibillah, khalifah Abbasiyah. Beliau banyak mengisi masa mempelajari sains dan sastera.

5Gevher Nesibe Sultan – Abad ke-13

Gevher Nesibe Sultan merupakan seorang puteri Kesultanan Rum pada awal abad ke-13, anak kepada Kilij Arslan II dan kakak kepada Kaykhusraw I. Beliau adalah pemegang nama bagi sebuah kompleks agung yang merangkumi hospital, madrasa yang khusus mengkaji perubatan, dan masjid di Kayseri, Turki. Kompleks tersebut ( külliye dalam bahasa Turkish) dianggap salah satu daripada monumen agung seni bina Seljuk. Hospital tersebut dibina antara tahun 1204 dan 1206, dan madrasah tersebut siap pada tahun 1210. Kompleks tersebut dinamakan sempena nama puteri Gevher Nesibe Sultan.

6Permaisuri Amina dari Zaria – Abad ke-16

Dalam peradaban Muslim, banyak wanita yang gemilang dalam pelbagai bidang di Afrika Sub – Sahara. Antaranya adalah Permaisuri Amina dari Zaria (1588 – 1589). Beliau adalah anak perempuan paling tua Bakwa Turunku, pengasas Kerajaan Zazzau pada 1536. Amina peroleh kekuasaan pada tahun 1588 dan 1589. Amina terkenal dengan sikap kepahlawanan beliau dan kemahiran ketenteraan. Antara strategi ketenteraan beliau yang bijak adalah kemahiran kejuruteraan membina kem bertembok tinggi dalam banyak kempen yang disertainya. Beliau dianggap pembina tembok Zaria yang terkenal.


Sumber:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.