Datuk Aznil Haji Nawawi hari ini dinobat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Ikon Pembelajaran Abad ke – 21 (PAK21), lantaran keterlibatan beliau dalam banyak aktiviti sosial, ekonomi, pendidikan dan khidmat masyarakat.

Menerusi hantaran beliau di Instagram miliknya, Pak Nil meluahkan rasa syukur dan terima kasih kerana dipilih sebagai Ikon PAK21.

Inilah watikah perlantikan #paknil sebagai Ikon Pembelajaran Abad Ke 21 oleh Menteri Pendidikan Malaysia YB Dr @Maszlee
Terima kasih kepada pejuang2 @YayasanPesona. Tugas baru kita telah bermula.


Anak2 Paknil keliling Malaysia nantikan kemunculan Paknil dan team Yayasan Pesona muncul di sekolah anak2

Sebagai Ikon PAK21, Pak Nil bertanggungjawab:

  • Mempromosikan dan memberi pengetahuan kepada semua lapisan masyarakat mengenai kemahiran PAK21.
  • Menggalakkan perkembangan sahsiah murid secara holistik dan seimbang 
  • Memberi inspirasi kepada murid supaya memiliki keyakinan diri serta kemahiran pengucapan awam dengan berketerampilan kelas pertama.

Beliau sebelum ini pernah dilantik sebagai Ikon Sekolah
Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) pada tahun 2017. Tahniah diucapkan!

Ramai yang Mempersoal

Namun begitu, berita ini sebenarnya turut mendatangkan persoalan dan keraguan yang menghujani KPM.

Antara komentar media sosial yang mempersoal pelantikan tersebut.

Rata – rata yang bertanyakan soalan dan menyuarakan ketidakpuasan hati adalah daripada kalangan ibu bapa dan guru – guru serta warga pendidik.

Sebuah komentar di media sosial mengatakan bahawa:

“ikon sewajarnya seorang yang berlatarbelakangkan perguruan, pembangunan pendidikan dan lain – lain…”

Kebanyakan yang mempersoal adalah bertitik tolak daripada ketidakpuasan hati ikon tersebut yang dipilih daripada warga selebriti dan bukan akademik.

“Pembelajaran apa yang dia buat? Apa sumbangan akademik dia? Apa pengetahuan pedagogik dia? Kalau bukan sekadar program hiburan yang melalaikan? Dah takde lagi ke guru-guru yang jauh lebih layak? ”

Gesakan kepada KPM untuk memperjelaskan pelantikan ini

Namun terdapat juga sebahagian netizen yang mempertahan pelantikan tersebut

Buat masa sekarang, KPM masih belum memberi respon balas kepada persoalan – persoalan ini. Apa pun, diharapkan agar pelantikan ini bakal membawa arus positif kepada pendidikan tanah air.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.