Kadang – kadang kita akan jumpai artikel – artikel laporan saintifik yang semacam terlalu melampau dan susah dipercayai. Tetapi disebabkan ia dikatakan sebagai ‘kajian saintifik’ maka ia pun tular dan dipercayai ramai orang.

Minum segelas arak sama dengan sejam di gim???

Dahulu pernah tular ‘kajian’ yang mengatakan bahawa kucing kita sebenarnya merancang untuk membunuh kita.

Sumber: forbes

Tapi sebenarnya kertas kajian tersebut cuma mendapati bahawa kucing – kucing tersebut cuma miliki ciri – ciri personaliti yang sama dengan singa Afrika. Kita semua tahu tentang Singa Afrika, bila lapar, mereka tak makan rumput. Miliki personaliti yang sama tak semestinya bermakna kucing itu mahu makan orang, samalah seperti miliki personaliti ceria tak semestinya jadikan kita Pak Nil.

Saintis yang membuat kajian itu sendiri mengatakan “melampau bila dikatakan kucing anda mahu membunuh anda”

Begitu juga, ‘kajian saintifik’ mendapati bahawa kopi mampu merawat kerosakan hati, menghalang kanser usus, dan mengurangkan risiko kanser endometrium. Hebatnya kopi, lebih hebat daripada segala ubat magis di pasaran!

looney tunes coffee GIF

Sebenarnya laporan – laporan ini semua bukanlah datang daripada saintis, tetapi daripada wartawan yang menghasilkan cerita daripada kajian saintis. Dan sebenarnya wartawan dan saintis miliki hubungan yang tidak baik.

Wartawan vs Saintis

Gaya kerja wartawan dengan saintis sememangnya sangat berbeza. Kadang kala perbezaan ini boleh mendatangkan malapetaka yang merosakkan hidup saintis tersebut, seperti salah lapor media terhadap kajian keberkesanan program tukar jarum di Vancouver.

Kajian tersebut mendapati bahawa program tukar jarum saja tak mencukupi, ia perlu ditambah dengan dorongan kaunseling, sokongan dan pendidikan. Tapi media melaporkan seolah – olah program tersebut langsung tidak berkesan malah kajian tersebut digunakan kongres untuk memansuhkan program itu.

“Hati saya benar – benar remuk. Saya terpaksa habiskan bertahun – tahun mempersembahkan semula data – data saya berkali – kali, cuba membetulkan keadaan. Saya temui polis dan media hanya untuk menampal kerosakan yang telah dibuat” kata Dr Steffanie Strathdee.

Mengapa boleh terjadi jurang yang sangat besar antara kajian saintis dengan laporan sensasi oleh media? Buku Communicating Science menggariskan perbezaan antara wartawan dan saintis:

  • Saintis melihat sains sebagai satu kerjasama beramai – ramai secara kumulatif; wartawan suka menulis tentang saintis individu yang hasilkan satu penemuan gempak.
  • Wartawan mencari kontroversi; saintis mengharapkan kesepakatan sebulat suara.
  • Wartawan sukakan penemuan baru yang miliki potensi menarik; saintis suka kalau keputusan mereka peroleh lalui proses perlahan ulasan sejawat (peer review) dalam persekitaran yang senyap .
  • Kerja wartawan miliki ruangan yang terhad; kertas kerja akademik saintis boleh sepanjang mana pun.
  • Durasi kerja saintis bergantung kepada jenis kajian yang dibuat, wartawan perlu cepat mengejar had waktu.
  • Saintis perlu mengesahkan dan meletak rujukan untuk kerja mereka, wartawan perlu tegaskan isi penting.
  • Kertas kajian saintis boleh diindeks dan disimpan tanpa perlu dibaca pun, tetapi laporan akhbar yang tidak dibaca adalah sia – sia.
  • Saintis menganggap wartawan selalu saja meringkaskan dapatan kajian mereka, membuat kesilapan dalam laporan, selalu melebih – lebihkan tajuk; sedangkan wartawan menganggap saintis sebagai terlalu meleret, terlalu banyak jargon, sukar untuk berkomunikasi, dan terlalu mementingkan perincian dan ketepatan.

Saintis selalu saja hadapi kesukaran bekerja bersama wartawan. Malah itulah sebabnya ada sebahagian saintis yang dilarang daripada menyebarkan dapatan mereka kepada umum.

Hubungan antara saintis dan wartawan perlu lebih diperkasa, apatah lagi apabila jumlah pelajar baru yang mengambil STEM semakin merosot. Jika bukan saintis yang digemakan suara mereka berkenaan isu – isu sensitif seperti vaksin dan muka bentuk bumi, maka mereka yang tidak layak yang akan mengambil mikrofon tersebut.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.