Selama ini kita biasa melihat pemakaian seragam beraneka gaya sewaktu majlis graduasi, ada yang berpakaian ala – ala Harry Potter, Assassin’s Creed dan sebagainya.

Namun pelajar Malaysia kita di University of Oxford melakukan sesuatu yang amat jarang dibuat, malah amat mengagumkan – iaitu mengenakan tengkolok sewaktu menerima gelaran PhD di Universiti terbaik dunia itu.

Image may contain: 1 person, sky and outdoor

Menurut Khair Razlan Othman yang kini bergelar DPhil Healthcare Innovation -Institute of Biomedical Engineering , perjalanan menempuh PhD di Oxford adalah amat sukar dan berliku – liku.

“Memakai tanjak menyemarakkan semangat saya seolah – olah seorang pahlawan Melayu sewaktu berjuang dalam sesi Viva”

Sesi viva beliau yang berlangsung selama hampir 4 jam memperlihatkan beliau bertarung mempertahankan thesis yang bertajuk “Learning Sonographic Views using Multiple Proposal Approach” di hadapan panel akademik terkemuka dunia.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing
Bersama Prof Vicente Grau dan Prof Xujion Ye

Akhirnya beliau lulus dengan minor correction.

Dr Khair ketika di United Kingdom juga merupakan seorang yang cekal membangunkan jati diri pelajar – pelajar Malaysia di sana, di samping begitu aktif berorganisasi dalam persatuan Islami tempatan.

Beliau menasihatkan agar sentiasa melakukan yang terbaik, dan jangan sekali – kali berputus asa dan bersangka buruk dengan Allah walaupun setelah menghadapi titik yang paling rendah dalam hidup.

“Ingat, jika kamu membantu agama Allah, Allah akan membantu kamu”

Menurut Dr Khair juga, beliau mengamalkan beberapa amalan yang memperkuatkan fizikal dan mental beliau untuk menghadapi rintangan – rintangan hebat sepanjang tempoh pengajian beliau.

Antara lain beliau berkayuh sejauh 3 batu pada waktu Subuh pada jam 3 pagi di musim panas, di samping selalu berqiamullail pada waktu Ramadhan dengan cara tidur seorang diri di masjid.

Menurut beliau, terdapat banyak kisah ‘magis’ yang beliau hadapi semenjak mengambil diploma lagi sehinggalah bergelar doktor, yang beliau teruja untuk kongsikan menerusi penulisan buku.

Sama – sama kita nantikan!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.