Bom nuklear adalah ciptaan manusia paling menggerunkan. Ia tiada lain dicipta hanya untuk melakukan kemusnahan maksimum.

Sekarang ini, terdapat 15 000 senjata nuklear di seluruh dunia. Paling banyak memiliki senjata nuklear adalah Amerika dan Russia, iaitu hampir 7000 buah setiap negara, diikuti oleh Perancis, China, UK, Pakistan, India, Israel dan Korea Utara.

Negara – negara yang memiliki senjata Nuklear.

Jadi satu persoalan timbul, sejauh mana kuasa pemusnah semua senjata nuklear ini? Kalau dihimpun semua senjata nuklear di satu tempat, dan kemudian diletupkan, apa jadi?

Soalan ini mungkin kedengaran macam ia ditanyakan oleh diktator jahat dalam mana – mana cerita Marvel, tapi ia sebenarnya penting untuk beri gambaran betapa dahsyatnya senjata ciptaan manusia ini.

Saluran Youtube Kurzgesagt kemudian mengumpulkan pakar – pakar dan saintis untuk menjawab soalan penting abad ini, dan mempersembahkannya dalam video yang sangat cantik dan menarik!

Letupkan Semua 15000 Senjata Nuklear!

Dalam sejarah, pernah berlaku satu letupan gunung berapi yang dianggap antara paling teruk pernah dicatatkan, iaitu letupan gunung Krakatoa.

Image result for krakatoa
Letupan Krakatoa

Letupan tersebut sangat hebat, sehingga 70% pulau dan daratan sekeliling hancur sepenuhnya, meragut puluhan ribu nyawa. Kesan letupan tersebut dirasai di seluruh dunia beberapa hari selepasnya.

Kuasa letupan gunung Krakatoa dianggarkan menyamai 200 megaton TNT.

Tapi, sekiranya dikumpulkan kesemua 15000 senjata nuklear di satu pulau, kemudian diletupkan, ia bakal menghasilkan 3000 megaton TNT, iaitu 15 kali ganda kuasa letupan Krakatoa!

Harap – harap tak ada orang merokok kat tepi longgokan paling bahaya dunia ni.

Wah menariknya! Eh.

Jadi mari kita mulakan eksperimen ini. Ayuh kita longgokkan 15000 senjata nuklear itu di tengah – tengah hutan Amazon, sebab padan muka diorang, kan!

Maka apa akan jadi sekiranya kita buat keputusan untuk tekan butang meletupkan kesemua longgokan senjata nuklear tersebut?

  • Dalam beberapa saat, satu bola berapi berukur lilit 50 km melenyapkan segala yang disentuhnya, dan menghasilkan gelombang yang memusnahkan 3000 kilometer persegi hutan.
  • Semua hidupan dalam lingkungan 250 km akan mula terbakar.
Ayam goreng!
  • Letupan itu akan didengari di seluruh dunia, dan gelombang tekanan akan mengelilingi bumi beberapa kali selama berminggu – minggu.
  • Jutaan tan bahan yang terbakar hangus kemudian akan dilontar tinggi ke atmosfera.
  • ‘Awan cendawan’ (Mushroom cloud) bakal menjulang tinggi mencapai stratosfera,
Cendawan … goreng!
  • Setelah segalanya ‘tenang’ semula, sebuah lubang kawah sebesar 10 km akan berada di tengah – tengah pembakaran planet paling teruk dalam milenia, yang merebak ke seluruh Amerika Selatan.
  • Bandar – bandar dan hutan tiada yang akan selamat daripada api yang membahan lapar.
Kalau letak di Malaysia entah hilang terus dari peta kot nampaknya.
  • Eh siapa kata dah habis?
  • Bahan yang sangat radio aktif akan tersebar dan membunuh hidupan – hidupan dengan sangat cepat.
  • Kawasan sejauh ratusan kilometer di sekeliling lubang kawah tadi kini tidak lagi boleh diinapi, begitu jugalah dengan kawasan ratusan kilometer yang dibawa angin.
  • Gas – gas radioaktif itu kemudian merebak naik ke atmosfera dan selanjutnya menular ke sekeliling planet.
  • Kadar penyakit kanser meningkat di seluruh dunia
Kalau jerebu pun dah teruk. Bayangkan ‘jerebu nuklear’
  • Sebilangan daripada partikel tersebut akan bertebaran di angkasa lepas selama bertahun – tahun.
  • Yang kemudian mengakibatkan musim sejuk nuklear, lantas mengurangkan suhu dunia sebanyak beberapa degree selsius.

Jadi itulah teruknya kesan jika kita letupkan keseluruhan senjata nuklear serentak. Sudah pasti, lain pula ceritanya sekiranya kita gunakan senjata nuklear untuk mengebom setiap bandar – bandar besar dunia, seperti mana tujuan sebenar senjata tersebut.

Bak kata Albert Einstein, “Saya tak tahu apa senjata yang digunakan untuk perang dunia ketiga. Tetapi perang dunia keempat akan dipertarungkan dengan kayu dan batu”

Image result for i don't know what world war 3 will be fought with

Rujukan untuk pengiraan – pengiraan di video Kurzgesagt:
https://sites.google.com/view/sourcesallthebombs/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.