Perjalanan pendidikan daripada SPM sehinggalah ke PhD sering kali menjadi tanda tanya pelajar – pelajar di Malaysia. Antara soalan yang sering dilontarkan adalah apa perbezaan sarjana muda dengan sarjana? Apa keperluan ambil doktor falsafah? Bagaimana dengan tawaran biasiswa?

Dr Aid Fawzal menerangkan secara umum gambaran pendidikan tinggi untuk mereka yang berminat untuk melanjutkan pengajian.

Perjalanan Kepada PhD

Di sini saya (Dr Aid Fawzal) telah sediakan gambarajah aliran system pendidikan. Kotak melambangkan tahap pendidikan and garis putus2 merangkumkan kumpulan tahap pendidikan. Anak panah adalah aliran yang mempunyai kemungkinan untuk naik ke tahap yang lebih superior. Juga disertakan expected outcome (hasil yg diharapkan) berdasarkan kumpulan tahap pendidikan di awal garis putus2.

SPM

Bermula dengan SPM yang kita ambil di tahun akhir persekolahan peringkat ke dua, seseorang boleh memilih (kalau gred bagus) atau menilai sewajarnya; utk menyambung pelajaran samaada ke STPM atau Foundation/Matrikulasi atau Sijil kemahiran atau terus ke tahap Degree. Begitulah seterusnya sehinggalah Ph.D.

STPM / Asasi / Sijil Kemahiran / Diploma

Seseorang yg mempunyai sijil SPM atau STPM atau Foundation/Matrikulasi sepatutnya memahami asas2 ilmu dalam pelbagai bidang. Maka kerja2 yang sesuai untuk tahap pendidikan ini adalah kerja2 umum dan pelbagai. Manakala seseorang yg mempunyai Sijil Kemahiran atau Diploma layak menjadi tenaga mahir dalam bidang2 khusus yang dipelajari. Dengan demikian kita lihat mereka yang mempunyai kelayakan di tahap ini bekerja sebagai juruteknik atau pembantu jurutera dan sebagainya.

Sarjana Muda / Degree

Pada tahap Degree, pembelajarannya lebih terperinci terhadap suatu bidang (contoh: mechanical engineering) dan ianya bermula dari skop yang luas pada tahun2 awal pendidikan (calculus,algebra,fizik, etc.) sehingga subjek2 teras pada hujung tahun pendidikan (mechanical science, fluid mechanics, thermodynamic, etc.). Dengan demikian graduan degree seharusnya mampu untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari terhadap tugasan2 yang diberikan oleh majikan ketika bekerja. Seseorang didalam bidang kejuruteraan biasanya akan diberi kedudukan jurutera.

Sarjana / Master

Di peringkat Master pula, subjek2 teras sama seperti tahun akhir Degree tadi di selami dengan lebih terperinci lagi. Ini bergantung terhadap mode pembelajaran sesebuah universiti yang mana ada university yang fokus ke arah akademik, ada yang fokus kepada industri dan ada yang seimbang di antara akademik dan industri. Apa yang penting, seseorang graduan Master sepatutnya mempunyai kemahiran dalam pemikiran kritikal (critical thinking) disebabkan kebanyakan assignment yg diambil sewaktu pembelajaran adalah di luar dari pembelajaran didalam kelas.

PhD

Ph.D adalah tahap tertinggi dalam pendidikan formal (formal education). Ph.D adalah sama seperti Final Year Project untuk Degree dan Master (biasa 3bln) yang dipanjangkan menjadi 3 tahun atau lebih.

Perbezaan paling ketara adalah, Ph.D memerlukan sebuah penemuan baru (novelty) yang perlu disumbangkan kepada ‘body of knowledge’ atau industri. Hal yg demikian, pelajar Ph.D perlu menghabiskan masa pada tahun awal untuk mencari jurang penyelidikan (research gap) dan jurang ini akan di isi sewajarnya pada tahun2 berikutnya. Hasil penyelidikan boleh jadi dalam bentuk penemuan formula baru, method baru, design baru atau kombinasi yang tidak pernah ada sesiapa didalam dunia ini menemukannya terlebih dahulu sebelum anda.

Perbezaan lain antara Ph.D dengan tahap2 sebelumnya adalah majoriti Ph.D menggabungkan beberapa bidang. Sebagai contoh bidang pembelajaran saya ketika ini adalah mechanical, electrical & automotive engineering. Seseorang yang mempunyai Ph.D kebiasaannya bekerja sebagai pensyarah yang mana beliau juga perlu menjalankan penyelidikan disamping mengajar.

Pun begitu, terdapat permintaan yang unik di dalam industri terhadap graduan Ph.D terutama pada sektor penyelidikan atau kerja2 perundingan (consultancy). Hal ini kerana graduan Ph.D seharusnya mempunyai sifat penyelidik yang berwibawa (competent researcher) dan menjadi expert dalam bidang yang diceburi.

Mencari Penaja

Di sini saya sediakan jadual yang mempunyai tiga pilihan untuk kemungkinan badan penaja yang anda boleh mencuba. Ke tiga-tiga pilihan ini mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Mari kita fahami pilihan2 ini.

Image may contain: text

Pilihan 1: IPT Dalam Negara

Ini adalah cara paling popular bagi rakyat Malaysia untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ph.D. Pembukaan penajaan kebiasaannya dibuka untuk kakitangan IPT tersebut dalam program menaiktaraf tahap pendidikan pengajar (lecturer/tutor). Ada juga didapati beberapa IPT membuat tour di dalam dan luar negara untuk temu duga terbuka bagi mencari individu yang berkebolehan dan mempunyai kemahuan melanjutkan pelajaran. Tawaran boleh jadi di buka utk pengajian di dalam atau di luar negara.

Rata – rata IPT mempunyai sasaran tertentu dari segi bidang mengikut latarbelakang IPT tersebut. Akan tetapi kebiasaannya calon perlu menyediakan kertas kerja (proposal) dan mencari University/supervisor sendiri. Pembiayaan adalah sepenuhnya dan di hujung pembelajaran, calon perlu berkhidmat utk IPT dalam beberapa tempoh yang dipersetujui. Anda mungkin perlu bersaing dengan kelompok khas yang telah berdaftar terdahulu atau mempunyai kepentingan untuk melanjutkan pelajaran yang lebih utama daripada anda.

Jika anda memilih pilihan ini, mohon janganlah anda memutuskan bonding sebaik sahaja selesai pembelajaran. Ini kerana pembiayaan dan pembelajaran anda selama ini adalah seperti investment oleh badan penaja tersebut. Anda membawa harapan masyarakat untuk pulang dan berbakti kembali terhadap institusi penaja.

Pilihan 2: Organisasi Dalam Negara

Pilihan kedua ini adalah yg ke dua popular di Malaysia. Organisasi boleh jadi dalam bentuk kerajaan (MARA, JPA), hubungan kerajaan (Japan Monbukagakusho, Korean Government), syarikat2 (Maybank, Maxis) atau foundation2. Iklan biasanya boleh di dapati di akhbar2 dan website badan2 tersebut. Tawaran boleh jadi di buka utk pengajian di dalam dan kebanyakannya utk pengajian di luar negara.

Meh nak ajar cara mudah, google “malaysia scholarship” dan anda akan dapati beberapa page2 bagus yang telah menyusun kebanyakan scholarship semasa. Tapis sendiri untuk biasiswa Ph.D. Contoh:
http://afterschool.my/scholarship/ 
http://scholarships.malaysia-students.com/

Organisasi yang menawarkan penajaan ini ada yang mempunyai bidang khusus (contoh Maybank mesti nak bidang business/banking) dan ada juga yang membuka pilihan kepada calon pelajar. Pembiayaan adalah sepenuhnya dan bonding bergantung kepada jenis organisasi pembiayaan. Disebabkan persaingan ditahap nasional, anda akan melalui beberapa screening process sebelum mendapatkan tawaran. Saya pernah melalui ujian kemasukan untuk Japan Monbukagakusho – tak berjaya & tak patah semangat.

Pilihan 3: Organisasi Luar Negara

Pilihan terakhir ini sangat khusus dimana pembiayaan akan datang bersama bidang dan tajuk khusus. Ini kerana organisasi luar ini mempunyai keperluan dalam Ph.D anda. Tawaran boleh di lihat di website universiti seluruh dunia. Cara paling mudah adalah dengan mengujungi https://www.findaphd.com/ dan tapis mengikut bidang dan negara pilihan anda. Saya sendiri mengunakan website ini dan telah membuat 9 permohonan serata dunia sebelum mendapat tawaran yang sekarang saya lalui.

Pembiayaan adalah berbeza2. Antara kemungkinannya adalah:-
A: Pembiayaan Pelajaran & Perbelanjaan sepenuhnya
B: Pembiayaan Pelajaran sepenuhnya tetapi tiada Perbelanjaan disertakan. 
C: Pembiayaan Pelajaran mengikut yuran rakyat tempatan tetapi Perbelanjaan disertakan. 
D: Pembiayaan Pelajaran mengikut yuran rakyat tempatan tetapi tiada Perbelanjaan disertakan.

Kebanyakan organisasi luar tidak mempunyai bonding selepas pembelajaran. Ini kerana hasil penemuan semasa Ph.D akan menjadi milik mereka secara total IP Ownership (Intelectual property), manakala anda layak mendapat ijazah Ph.D dan ilmu yang dipelajari. Pilihan ini mempunyai persaingan antarabangsa dan sangat sengit. Jadi usaha kuat2 & letak kebergantungan terhadap Allah sepenuhnya.

Selamat mencuba. 


Apapun, proses pembelajaran Ph.D ini sangat intensif dan memerlukan komitment yang mendalam terhadap kerja penyelidikan. Oleh itu, pilihlah tajuk yang sesuai dengan minat, supervisors yang mahu menerima anda dan badan penaja yang memahami hal-ehwal pembelajaran. Sesiapa sahaja boleh melanjutkan ke tahap ini kerana Ph.D tidak memerlukan kepandaian tetapi kemahuan dan kecerdikan (ayat ni mungkin kontroversi, tp aku bukan pandai mana pon dlm academik).

Pengakhir, Ph.D adalah satu process qualitive dan bukan quantitative bermaksud ia bukan di ukur dengan durasi masa (lagi cepat habis lagi power.. TAK!). Tapi pembiayaan biasanya datang dengan durasi masa.

Aid Fawzal
Coventry University & YASA Motors Ltd.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.