Huruf Xi,ξ , dianggap simbol paling merunsingkan dalam matematik, kerana ia begitu sukar ditulis sehingga menjadi meme.

No photo description available.

Simbol tersebut biasa dijumpai apabila kita belajar mengenai set semesta:

Gambar rajah Venn dengan set semesta ξ

Apabila ditulis oleh profesor, cikgu, pelajar pula, kita akan temui pelbagai bentuk simbol tersebut yang tidak sama langsung denga bentuk asal. Ada yang kelihatan tak ubah seperti contengan.

Percubaan menulis simbol ξ

Pengguna ini mengatakan semakin banyak ditulis simbol tersebut, semakin berubah menjadi nombor 3

Simbol ξ juga nampaknya berupaya berubah menjadi sekalian simbol dalam Bahasa Manusia.

“Buang sajalah!”

Seorang pengguna media sosial bernama Christian Uy Vinluan kemudian menghasilkan petition atas talian membantah penggunaan simbol tersebut dan dihantar ke kumpulan matematik Facebook.

Petition yang bernama ‘Haramkan xi daripada huruf Greek‘ itu dibuat kerana ‘matematik tak sepatutnya membingungkan’

“Kita perlukan kejelasan dalam Matematik, bukan kebingungan, dan tidak lain itulah yang dihasilkan huruf ini. Jika anda haramkan huruf ξ daripada abjad Greek hari ini, anda akan mengubah masa depan yang lebih baik”

Isi kandungan petition itu pula berbunyi:

“Tiada siapa sukakan xi. Ia mustahil ditulis. Maksud saya, siapa punya idea yang sangka puting beliung patut ditukar menjadi huruf, merepek! Dengan petition yang cukup, kita boleh buang semua huruf xi secara sah di seluruh dunia. Ia akan memaksa semua buku teks untuk menggunakan apa saja pemboleh ubah atau pemalar yang lain setelah kita mencapai objektif kita mengharamkannya. Hukuman penggunaan akan dibuat meliputi hukuman mati.

Ini adalah satu bahagian daripada kempen yang lebih besar, di mana selangkah demi selangkah kita akan membina dunia yang tidak dikawal oleh persamaan cakar ayam itu”

Setakat ini petition yang berusia beberapa jam ini telah pun mengumpul ratusan tandatangan.

Berikut adalah beberapa sebab orang menandatangan:

“Saya seorang jurutera dan saya sudah pun tak tahu cara buat matematik. Jangan buat hidup saya lebih susah”

“Saya suka menanda tangan benda. Dan ini adalah petition paling merepek saya pernah tanda tangan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.