Pemerolehan foto lubang hitam yang pertama dalam sejarah manusia telah mendapat mendapat liputan sensasi oleh semua toko media di serata dunia, termasuklah daripada media Malaysia.

Namun, antara isu yang berlaku adalah mengenai terjemahan istilah – istilah astrofizik bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu yang dianggap kurang tepat.

Image may contain: text

Dalam infografik yang diterjemah Harian Metro di atas, istilah seperti Event Horizon diterjemah menjadi ufuk acara, yang dianggap kurang tepat kerana dijangka ia adalah terjemahan langsung daripada Google Translate.

Ahli falak Shahrin Ahmad menyaran agar wartawan merujuk pakar bahasa untuk menterjemah.

Seorang pensyarah astronomi di UKM Dr Wan Mohd Aimran kemudian mencadangkan beberapa pembetulan istilah – istilah tersebut beserta huraian.

Bahasa InggerisIstilah MediaCadangan Pembetulan
Black holeLubang hitamLohong hitam
Relativistic jetRelatif jetJet relativistik
Singularity regionRuang tunggalKetunggalan
Event horizonUfuk acaraUfuk peristiwa
Photon sphereSfera fotonSempadan foton

Beliau juga turut menyertakan huraian bagi setiap istilah tersebut:

IstilahHuraian
Lohong hitam
Jet relativistikTerdiri daripada zarah – zarah berkelajuan tinggi yang dipancutkan oleh lohong hitam.
Cakera tokokanTerdiri daripada gas dan debu yang mengelilingi
lohong hitam. Suhunya yang amat panas menyebabkan ia menyinarkan gelombang elektromagnet
bertenaga tinggi seperti sinar – X dan sinar
ultralembayung (UV)
KetunggalanMerupakan pusat lohong hitam di mana jirim
yang teramat berat dipadatkan ke dalam suatu
ruangan yang sempit.
Ufuk peristiwaMerupakan sempadan terluar lohong hitam. Apa
saja yang telah menyeberangi sempadan ini tidak
akan dapat membebaskan dirinya daripada terus
ditarik masuk oleh lohong hitam.
Sempadan fotonMerupakan jarak dari lohong hitam di mana zarah
cahaya (foton) dapat mengelilingi lohong hitam denganstabil, iaitu tidak ditarik masuk ke dalam lohong hitam,
mahupun boleh membebaskan diri daripadanya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.