Home Santai “Mama Cakap Kalau Saya Rakam Belajar Sejam, Ramai Nak Tengok”. Dapat Ratusan...

“Mama Cakap Kalau Saya Rakam Belajar Sejam, Ramai Nak Tengok”. Dapat Ratusan Ribu Tontonan.

766
0

Ketika ramai kanak – kanak yang mahu merakam diri mereka menyanyi, menari dan main game untuk dimuat naik ke Youtube, seorang anak darjah 5 disuruh emaknya untuk memuat naik video dirinya belajar selama satu jam.

Maka anak itu pun berbuat demikian, dia menekan kamera, belajar satu jam, dan kemudian memuat naik video tersebut dengan tajuk ‘belajar berterusan selama hampir satu jam’.

Penerangan tajuk tersebut berbunyi:

“Mama saya fikir saya kelihatan paling baik sewaktu belajar, dan dia fikir saya patut kongsikan video tersebut.

Kalau dia salah dan anda bencikan video ini, tolong jangan dislike tapi komen bahawa anda sukakan video saya yang lain”

Tapi siapa sangka, video yang begitu ringkas dan tidak berciri tular ini kemudian meletup naik dengan memperoleh hampir 300 ribu tontonan (pada waktu artikel ini ditulis)!

“Video Ajar yang buat punya lama pun tak sampai – sampai 200 k tontonan di Youtube”

Rata – rata komen memuji video tersebut yang begitu ‘ikhlas dan suci’, serta amat jarang ditemui di sebalik trend video – video prank dan hiburan.

Komen – komen yang begitu positif pula menggalakkannya agar memuat naik video belajar yang lebih panjang. Ada yang menggesa agar cabaran belajar #studychallenge ini ditularkan.

Anak tersebut ternyata merupakan seorang Youtuber baru yang terpengaruh dengan trend semasa laman tersebut. Maka dia pun membuat saluran Youtube baru dan membuat rakaman cabaran – cabaran tular seperti ‘trickshot harian’, ‘April fool’, dan ‘cabaran flip’.

Tetapi jumlah tontonan dan subscriber selama 2 bulan penghasilan tidak begitu memberangsangkan, iyalah, sesuai lah dengan penghasilan video yang amateur oleh seorang budak sekolah.

Tetapi kemudian emaknya ternyata bijak apabila menyedari hobi anaknya ini dan menyuruhnya memuat naik video dirinya belajar, dengan menjanjikan tontonan yang tinggi.

Ternyata strategi tersebut berhasil! Semoga trend memuat naik video belajar ini menjadi tular dan disambut oleh kanak – kanak di Malaysia pula.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.