Cuba anda google soalan berikut:

“how many legs does a horse have”

Pasti anda terkejut dengan jawapan pertama yang anda jumpa yang diberikan oleh Wikipedia.

Image may contain: text

Seorang pengguna twitter pula menanyakan soalan yang sama kepada Google Assistant, dan mendapat jawapan yang sama.

Jadi bagaimana Wikipedia boleh mendatangkan jawapan yang sememangnya benar – benar salah untuk soalan mudah ‘berapa banyak kaki kuda ada?’.

Adakah Wikipedia sudah digodam?

Ataupun adakah memang sebenarnya kuda miliki enam kaki dan kita yang memang keliru selama ini? Hidup kita selama ini adalah satu penipuan??

“Apa lagi penipuan dalam hidup kita yang kalian nak bongkarkan? Belajar tinggi – tinggi supaya dapat jadi Menteri?”

Kenapa Kuda Enam Kaki?

Sebenarnya, laman wiki tersebut bukanlah termasuk dalam artikel – artikel wikipedia yang biasa, sebaliknya ia adalah bahan rujukan tambahan bagi salah satu konsep penulisan artikel Wikipedia, iaitu keboleh pengesahan (verifiability).

Artikel tersebut tidak termasuk dalam polisi dan panduan Wikipedia yang memerlukan pembuktian, sumber, pengesahan dan lain – lain.

Laman tersebut bukanlah bentangkan fakta, tapi penjelasan konsep untuk penyunting Wikipedia

Sebaliknya, tujuan laman tersebut adalah untuk menunjukkan cara yang salah dalam membentangkan ‘fakta’.

Objektif utama laman tersebut adalah untuk menegaskan bahawa:

“Hanya dengan menyatakan kuda miliki 5 kaki tidak menjadikannya benar. Memanggil ekor kuda sebagai kaki tidak menjadikannya kaki”

Laman tersebut kemudian mengemukakan satu kisah antara Jack dengan kuda berkaki lima.


Jack dengan Kuda berkaki Lima

Pak cik saya pernah bertanya “Budak, kau nampak kuda tu”?

“Ya”

“Berapa banyak kaki kuda tu ada”

“Empat”

“Macam mana kalau pakcik kata ekor kuda itu juga adalah sebatang kaki”

“Uhhhh”

“Kalau pakcik panggil ekor kuda itu kaki, berapa banyak kaki kuda itu ada?”

“Lima?”

“Kamu ni tak belajar ya? Tak kisah nama apa kamu beri pada sesuatu, kuda tu tetap ada empat kaki

los angeles lakers what GIF by NBA

Namun kemudian artikel itu menunjukkan, kalau kita mahu, kita boleh tambah, tambah kekusutan pada satu fakta sehingga ia jadi sangat merepek.


Mana ada, Kuda ada Enam Kaki!

Apa bukti kuda ada enam kaki?

  • Semua kuda ada bilangan kaki dengan nombor genap.
  • Semua kuda ada dua kaki di bahagian belakang.
  • Mereka juga ada kaki di depan, yang diberi nama forelegs.
  • Fore + two = six. Maksudnya kuda ada enam kaki.

Bukan, Kuda Ada Infiniti Kaki!

  • Kita baru sebut bahawa kuda mesti ada kaki dengan nombor genap.
  • Tapi enam adalah nombor ganjil.
  • Disebabkan infiniti adalah satu – satunya nombor yang merupakan nombor ganjil dan genap serentak, maka semua kuda ada infiniti kaki!!
tom cruise what GIF

Apa … apa Benda Ni?

Artikel ini, sekali lagi adalah untuk kegunaan dan rujukan penyunting – penyunting Wikipedia, bukan untuk bacaan umum.

Dalam Wikipedia, sesiapa saja boleh menyunting dan membangkitkan apa saja topik, walaupun topik tersebut ternyata sudah jelas dan nyata tanpa keraguan, seperti berapa bilangan kaki kuda.

Dengan mengemukakan falasi – falasi logika yang pelbagai, seseorang boleh membuktikan waima 7 darab 13 bersamaan 28, seperti dalam video komedi yang popular ini:

Artikel kuda tersebut menyatakan antara sebab hal ini berlaku adalah lantaran ‘true – believer syndrome‘, di mana seseorang boleh terus mempercayai sesuatu perkara paranormal walaupun setelah dibuktikan berkali – kali ianya palsu.

Maka, golongan ‘fivelegism’ (mereka yang percaya kuda ada lima kaki), boleh berterusan mendebat golongan ‘fourlegism’ (mereka yang percaya kuda ada empat kaki), dengan menyatakan pandangan kuda berkaki empat itu hanyalah satu pendapat.

Apabila ini berlaku, dan terus berlaku, apa yang berlaku seterusnya adalah situasi yang dipanggil sebagai ‘memukul mayat kuda‘. Kuda itu telah lama mati, orang dah tak kisah dengannya, maka tinggalkan saja perdebatan tersebut.

Begitu juga, jika sememangnya ada artikel yang mengatakan ada kuda berkaki lima, maka semaklah sumber dan sebab mengapa ia ditulis demikian. Boleh jadi terdapat manipulasi genetik, atau pembedahan atau lain – lain.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.