Warga internet sentiasa akan mencari – cari bahan yang boleh datangkan pergaduhan dan perdebatan.

Dahulu internet pernah diretakkan dengan fenomena warna baju yang diperdebatkan hampir sekalian wargamaya serata dunia, Yanny dan Laurel, dan soalan ‘berapa jawapan 6÷2(1+2) = ?’

Kini, timbul pula ilusi optik terbaru yang membuat kita menarik rambut keberangan. Apa warna kasut di bawah, putih – merah jambu atau hijau – kelabu?

Eh jap.

Gambar tular ini bukan baru! Ia dah digaduhkan sejak 2017 lagi! Siapa yang naikkan balik???

angry inside out GIF by Disney Pixar
Berapa kali nak kena gaduh pasal benda – benda macam ni????

Dua Warna Berbeza

Pertama kali kita lihat gambar tersebut, sama ada berwarna pink putih atau hijau kelabu, kita mungkin menganggap tidak mungkin ada orang lain yang melihat warna yang berbeza dengan kita.

Tetapi kemudian kita tekan bahagian komen dan mendapati begitu ramai yang bukan saja mengatakan warna yang salah, tetapi mengatakan kita pula yang silap dan buta warna!

Maka inilah formula biasa yang kemudian menjadikan perkara seperti ini tular di internet. Apa – apa yang mencetus konflik dan perbalahan dengan ratusan juta pengguna internet yang lain.

Namun apa sebenarnya warna asal kasut ini?

Warna Asal Sememangnya Merah Jambu – Putih

Disebabkan fenomena ini sudah berlalu agak lama, maka sudah banyak tulisan yang mengupas kebenaran di sebalik gambar tersebut.

Warna asal model vans tersebut sememangnya adalah merah jambu dan putih. Model berwarna hijau dan kelabu tidak wujud.

Gambar ini tular apabila seorang wanita bernama Nicole membelikan kasut tersebut untuk rakannya, dan kemudian meminta pandangan ibunya. Ibu Nicole kemudian menyatakan “Warna biru itu sesuai untuknya”.

Nicole kemudian berkelahi dengan ibunya kerana dia yakin warna yang dibelinya adalah putih – pink.

Gambar tersebut kemudian dimuat naik ke internet untuk mendapat kepastian, dan Walla – berlakulah Perang Internet ke – 4980.

Penjelasan Sains

Suatu lagi hal menarik tentang fenomena ini adalah golongan yang pada mulanya melihat warna hijau – kelabu, tetapi kemudian perlahan – lahan menyedari warna yang sebenar – iaitu merah jambu – putih.

Bevil Conway, seorang neurosaintis di National Eye Institute di Amerika Syarikat menjelaskan bahawa hal ini berlaku kerana otak manusia cuba untuk mengasingkan antara warna yang dihasilkan oleh sumber cahaya dengan warna yang dipantulkan oleh objek, lapor the Guardian.

“Sistem visual anda berterusan membetulkan warna imej yang dipancarkan di retina, untuk membuang pencemaran warna akibat bias spektral pada sumber cahaya”

“Warna langit adalah biru, tetapi semua yang anda perhatikan di bawah langit bukan biru. Ini kerana sistem visual anda begitu bagus dalam mengenal pasti bahagian cahaya mana yang anda perhatikan berasal daripada sumber cahaya, dan bahagian mana yang disebabkan permukaan objek. Kita hanya mengambil kira warna permukaan – iaitu bahagian cahaya yang menerangkan keadaan objek. Warna cahaya itu sendiri biasanya tidak bermakna”

Gambar yang dimanipulasi tersebut, jelas beliau, miliki banyak warna turquoise yang dipancarkan pada keseluruhan imej.

Setelah beberapa ketika, sistem penglihatan anda akan beradaptasi dengan warna turquoise tersebut dan mula menafsir warna tersebut sebagai warna sumber cahaya. Akhirnya anda akan membuang warna turquoise itu dan dapat melihat warna asal kasut itu semula

Maka ringkasnya, kita lihat warna yang berbeza – beza adalah disebabkan pencahayaan. Lama – kelamaan otak kita akan dapat membezakan antara warna kasut asal, dengan warna sumber cahaya. Warna turquoise pelik itu kemudian akan ditolak daripada keseluruhan imej – lantas mengembalikan warna kasut tersebut kepada merah jambu.

Otak Kiri dan Otak Kanan?

Salah satu perkara yang turut tular adalah mengenai penjelasan ‘otak kiri dan otak kanan’ yang mengiringi gambar kasut tersebut.

Menurut penerangan tersebut, sekiranya kita didominasi ‘otak kanan’, kita akan melihat warna jambu – putih, sekiranya kita ber’otak kiri’ pula, kita akan melihat warna kelabu dan hijau.

No photo description available.

Namun eksiklopedia Brittannica membongkarkan teori ‘otak kiri dan otak kanan’ itu sebagai mitos.

Kajian tentang hipotesis ‘otak kiri vs otak kanan’ ini menyimpulkan bahawa ‘data pengimejan neuron tidak memberikan bukti jelas sama ada terdapat perbezaan otak kiri dan otak kanan’.

Menurut laman web Psychology Today pula mitos otak kiri dan otak kanan ini begitu susah untuk dimatikan kerana ia begitu banyak dipopularkan oleh ‘pengamal kaunseling’ dan video – video motivasi.

Jika benar teori otak kiri dan otak kanan ini benar dalam menjelaskan fenomena warna kasut tersebut, maka bagaimana pula dengan mereka yang pada mulanya melihat warna kelabu – hijau, kemudian berubah menjadi warna merah jambu?

Adakah ini bermakna mereka berubah daripada berotak kiri kepada otak kanan?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.