Siapa tahu bagaimana tapak Sulaiman bergerak? Rasanya mungkin ramai yang menganggap haiwan laut tersebut cuma bergerak bila dipukul ombak. Iyalah, tengok bentuknya pun macam sukar untuk bergerak – gerak.

patrick star GIF
Ke ada orang ingat tapak sulaiman bergerak – gerak macam ni?

Namun sebuah video tular baru – baru ini apabila ia menunjukkan bagaimana tapak sulaiman bergerak, dan ia sememangnya tidak dijangka, dan mengerikan lain macam.

Animated GIF
Bayangkan ia merayap atas muka anda lepas anda menyelam di laut

Komen – komen oleh netizen jelas menggambarkan kekaguman dan rasa terkejut mereka terhadap fenomena ini.

“Tak sangka saya tak pernah tengok tapak sulaiman bergerak sebelum ini”

“Nampak cool dan menakutkan pada masa yang sama!”

“Ayah, kenapa kulit pisang ini bergerak?”

“Nampak macam isteri saya”

“Nampaknya bertambah lagi senarai makhluk yang menakutkan saya”

Kenapa Macam Ini?

Ringkasnya, tapak sulaiman sebenarnya bukanlah makhluk pegun tidak bergerak macam yang kita selalu bayangkan. Mereka mungkin kelihatan statik, tetapi sesetengah spesis boleh bergerak laju (laju, menurut piawai tapak sulaiman).

Tapak sulaiman sunflower dewasa, contohnya, boleh bergerak selaju 1 meter dalam satu minit, menggunakan 15000 kaki tiub mereka di bahagian bawah tubuh. Spesis lain, bagaimanapun ada yang cuma bergerak selaju 15 sentimeter seminit.

Kaki tiub tapak sulaiman nampak seperti tiub penyedut, tapi tapak sulaiman tersebut sebenarnya mencengkam permukaan lantai menggunakan bahan kimia pelekat. Kaki tiub itu bergerak seperti ombak, dengan satu bahagian tangannya melekat menggunakan bahan kimia, manakala tangan lain melepaskan cengkamannya dari permukaan (juga menggunakan bahan kimia).

Namun tapak sulaiman sebenarnya tidak sepatutnya bergerak di daratan. Ia bernafas dengan menyedut oksigen daripada air laut, dan akan segera lemas apabila dilepaskan daripada air.

Jika anda risau tentang tapak sulaiman dalam video tersebut, anda boleh melepas nafas lega kerana orang yang merakam video kemudian meletakkan kembali si patrick balik ke lautan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.