Antara lagenda terkenal tentang Afrika pada zaman pertengahan adalah kisah tentang emas Afrika yang miliki kemurnian (purity) yang sangat menakjubkan. Emas ini diburu oleh ramai orang dan ia digunakan untuk disadur pada duit dan barang – barang mewah seperti barang kemas, tekstil dan relik agama.

Afrika ketika itu sudahpun menerima Islam (seawal abad ke 7 masihi) dan berkembang pesat seiring dengan berkembangnya perdagangan dan kuasa empayar Islam. Antara barang dagangan utama adalah emas.

Kisah yang paling terkenal yang mungkin kita pernah dengar adalah mengenai Mansa Musa, seorang maharaja Mali beragama Islam yang menjadi manusia terkaya dunia lantaran menguasai lombong pemprosesan emas, di samping memiliki teknik pemprosesan emas istimewa untuk memperoleh kemurnian yang tinggi.

Mansa Musa
Sewaktu Mansa Musa mengerjakan haji, beliau membawa 8000 pengiring, 12 000 hamba dan 100 unta untuk membawa emas miliknya. Sumber gambar Bibliothèque Nationale de France

Tapi ramai sejawaran moden yang menolak kisah emas kemurnian tinggi ini kerana dianggap sebagai kisah yang digembar – gemburkan.

Iya lah, dalam lagenda manusia ada banyak kisah mitos tentang bandar yang diperbuat daripada emas, jalan raya yang disadur emas, maka sejarawan tidak lah begitu mudah menerima cerita yang lebih kurang sama tentang dinar emas tulen Afrika ini.

Namun sekumpulan saintis dan ahli arkeologi kemudian menemui periuk pelebur logam dan acuan duit di Tadmekka, Mali yang digunakan untuk memurnikan emas pada abad ke 10 dan 11 masihi.

gold purifying process molds for coins
Tinggalan alat pemprosesan emas zaman pertengahan dari Tadmekka, Mali. Gambar dari Block Museum of Art.

Dalam kertas kajian bertajuk ‘Refining gold with glass – an early Islamic technology at Tadmekka, Mali‘, kumpulan saintis tersebut telah mereplikasi teknik unik pemprosesan emas Muslim Afrika itu dan mendapati ia sememangnya berkesan.

Teknik yang pertama kali dibuat dalam sejarah tersebut melibatkan pemanasan campuran emas, pasir dan kaca pada suhu yang tinggi dan mengasingkan emas tersebut dari kontaminasi mineral.

Orang Afrika pada Zaman Pertengahan sangat kompleks dengan penggunaan bahan mereka. Teknik mereka menapis bahan mentah dengan kaca lebur tidak pernah dilihat sebelum ini. Ia unik dalam rekod Arkeologi.

Marc Walton, Center for Scientific Studies in the Arts

Peradaban Afrika Barat sebelum ini tidak menggunakan emas sebagai matawang mereka sehinggalah mereka bertemu dengan pedagang Arab. Apabila mereka sedar betapa rakan dagangan mereka menghargai emas, mereka yang sebelum ini mereka cuma gunakan sebagai bahan hiasan, langsung memanfaatkan lombong emas di kawasan mereka.

Dengan teknik khas mereka, mereka kemudian berjaya menghasilkan emas kemurnian tinggi yang tidak mampu ditandingi oleh peradaban sezaman.

Teknik yang sama hanya dapat dikesan hampir seribu tahun kemudian melalui rekod di Australia sekitar tahun 1900.

Nampaknya, orang Tadmekka mampu untuk menghasilkan emas dengan kemurnian lebih tinggi berbanding peradaban lain yang telah menggunakannya berabad – abad.

Penemuan ini membuktikan bahawa proses pemurnian emas di Tadmekka yang dianggap mitos sememangnya benar, dan mengubah cara pandang kita terhadap peradaban Muslim Afrika.

Antara punca yang kemudian menyebabkan kejatuhan peradaban di benua tersebut, sudah pasti, adalah penjajahan British yang mencuri pelbagai harta kekayaan orang Afrika.

Harta Kekayaan Barat Dibina Daripada Eksploitasi Afrika

Richard Drayton – sejarawan Cambridge

1 COMMENT

  1. Assalamualaikum Admin

    Kalau boleh kan, boleh tak jangan keluarkan tajuk artikel lain secara tiba-tiba masa tengah layan baca artikel. Sedikit mengganggu sebenarnya. Kadang tu kita tengah scroll, terklik pulak link artikel yang keluar.

    Terima kasih 😀

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.