Sebuah ciptaan baju berteknologi tinggi membolehkan kita melihat organ dalaman kita, termasuk menonton sendiri jantung yang sedang berdenyut!

Animated GIF

Baju Virtuali – Tee ciptaan Curiscope itu bagaimanapun tidaklah mengenakan sinaran X ray kepada pemakainya, sebaliknya ia mengguna pakai teknologi realiti buatan (augmented reality).

Dengan menggunakan aplikasi di skrin telefon pintar, baju t – shirt tersebut membolehkan pengguna melihat simulasi 3D organ dalaman manusia – menerusi skrin telefon pintar tersebut.

VirtualiTee Smart Clothing (image: Curiscope)
imej: Curiscope

Virtuali – tee dibangunkan untuk menyemai rasa cinta murid kepada biologi.

Murid yang melihat sendiri simulasi saluran darah, paru – paru dan usus dalam badan secara langsung – bukan lukisan pada papan putih – pastinya akan ternganga kagum lantas menjadikan pengajaran dan pembelajaran STEM lebih menyeronokkan dan efektif.

Selain skrin telefon, realiti buatan Virtuali – tee juga boleh diakses dengan menggunakan set kepala VR, untuk penghayatan yang lebih mendalam.

Nampaknya, teknologi realiti buatan atau realiti virtual (VR) mungkin diguna pakai oleh sekolah – sekolah secara lebih meluas pada masa hadapan.

Syarikat pendidikan Malaysia juga tidak ketinggalan membangunkan teknologi ini, seperti yang ditunjukkan oleh aplikasi realiti buatan pada permainan model sistem solar yang dibangunkan oleh syarikat tempatan Cynerve.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.