Cepat, jawab soalan ini:

Berapakah hasil bahagi 5040 dengan hasil darab faktor perdana uniknya?

Anda tahu? Daniel Mai, seorang pelajar berumur 13 tahun dari Massachusetts tahu.

Dan bukan sekadar tahu, dia mampu menjawab soalan tersebut dalam masa sepantas 22.3 saat.

Soalan tersebut merupakan soalan terakhir dalam pusingan akhir pertandingan 2019 Raytheon MATHCOUNTS peringkat kebangsaan. Setelah mengalahkan 224 peserta lain, Daniel membawa pulang tawaran biasiswa kolej sebanyak $20,000 .

Jawapan kepada soalan yang membuat murid tersebut menang $20,000

Terdapat beberapa cara pengiraan yang membolehkan kita menjawab soalan tersebut.

Ingat, soalan itu adalah seperti berikut:

BERAPAKAH HASIL BAHAGI 5040 DENGAN HASIL DARAB FAKTOR PERDANA UNIKNYA?

Cara yang paling pantas adalah dengan menyedari bahawa 5040 merupakan hasil kepada tujuh faktorial, 7! .

5040 = 7! = 2 × 3 × 4 × 5 × 6 × 7

Faktor perdana 5040 kita dapat tentukan, iaitu 2, 3, 5 dan 7.

Jadi, hasil bahagi 5040 dengan hasil darab faktor perdana uniknya adalah bersamaan:

5040 / (2 x 3 x 5 x7) = 4 x 6

4 x 6 = 24.

Maka jawapannya adalah 24.

Terdapat cara lain, iaitu:

5040 / (2 x 5)

= 504 / 3

= 168 / 7

= 24

Dan memandangkan kita telahpun menggunakan 2 dan 3 sebagai faktor perdana yang unik, maka jawapannya terhenti setakat itu.

Siapa kata aritmetik mental tiada faedah? Boleh menang puluhan ribu dollar!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.