Sebuah Kajian Penn terbaru terhadap 3000 murid darjah empat, lima dan enam di China mendapati perkaitan kuat antara 30 ke 60 minit masa tidur sejenak dengan perkembangan positif dalam pelbagai aspek.

Sebuah kajian yang diterbitkan oleh Universiti Pennsylvania mendapati kanak – kanak yang tidur sebentar pada waktu tengah hari peroleh perasaan gembira, kawalan diri, berakhlak positif dan IQ yang lebih tinggi, terutama bagi yang berumur 12 tahun ke atas.

Kajian tersebut dijalankan ke atas 3819 murid sekolah rendah China Jintan dengan mengumpulkan data frekuensi tidur dan durasi, serta dibandingkan dengan pencapaian akademik menurut penilaian guru – guru dan ujian psikologi.

Ini adalah kajian komprehensif yang pertama seumpamanya, lapor Penntoday.

Penemuan tersebut dijangka menjadi alternatif yang baik untuk mengatasi masalah remaja yang tidak cukup tidur, dan waktu sistem persekolahan yang tidak sesuai dengan fisiologi remaja.

Amalan tidur sejenak pada waktu tengah hari ini sebenarnya wujud dalam Islam, dan dipanggil ‘Qailullah’.

Menurut laman web pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Qaillullah membawa maksud tidur pada pertengahan siang.

Qailulah merupakan salah satu perbuatan sunat yang disepakati jumhur ulama.Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas daripada Nabi SAW. Baginda bersabda :

قِيلُوا فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ لَا تَقِيلُ

Maksudnya :” Lakukanlah qailulah. Sesungguhnya syaitan tidak berehat.”

Riwayat Al-Tabarani (28) di dalam Al-Mu’jam Al-Awsat

Mufti Wilayah malah mendorong agar mereka yang bekerja untuk mencari masa berqailullah, sebagai memperoleh pahala sunnah, juga untuk mempertingkat produktiviti pekerjaan:

Kami menasihatkan agar mereka yang bekerja, gunakanlah masa rehat yang diperuntukkan untuk melakukan qailulah agar lebih bersemangat untuk menyambung tugas. Akan tetapi jangan berlebihan,. Rehatlah sekadarnya dengan masa yang telah diperuntukkan. Ini kerana kita terikat dengan amanah kerja.

Diharapkan agar waktu Qailullah dapat diterapkan dalam sistem persekolahan dan kehidupan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.