Apa teka teki moden yang anda tahu? Sepencarian di Internet, inilah antara kompilasi teka teki yang diungkapkan orang muda zaman ini:

Dalam banyak banyak duri, selain daripada durian, duri apa yang sedap dimakan. – KENDURI 

Dalam banyak – banyak jam, jam apa yang busuk? – JAMBAN

Pistol bergas yang serang hidung kau? – KENTUT

 

Bagi kita generasi sekarang, teka – teki merupakan cara kita mengisi masa lapang bersama rakan – rakan. Itupun sekarang ini ia sudah semakin tenggelam akibat diganti dengan aktiviti memegang telefon pintar.

Namun, apabila dibanding dengan teka – teki Melayu klasik zaman dahulu, kita dapati pemikirannya lebih halus dan dipenuhi dengan penghayatan terhadap alam sekeliling.

Sebagai contoh, cuba anda jawab beberapa teka – teka Melayu lama di bawah:

Anak raja berjambul emas.

Badan di – atas, nyawa di – bawah

Tarek akar gunong berlari

Di-tutup sa – besar kuku, di – buka sa – besar alam

Bila di – tinggalkan, di – ambil ta’ boleh

Dapat? Berikut adalah jawapannya:

Pelita

Layang – layang

Perahu

Mata

Tempat duduk

 

Terdapat beberapa teka – teki di atas yang apabila diungkapkan jawapannya pun, kita masih perlu termenung sejenak, sebelum akhirnya barulah terkeluar sorakan ‘ooooooohhhh’. Ini kerana dalam teka – teki ringkas itu pun terkandung kedalaman akal budi dan falsafah orang Melayu.

Teka teki berkaitan mata tersebut antara kegemaran penulis. Dari segi fizik, mustahil terdapat sesuatu yang boleh berubah saiznya daripada sekecil kuku kepada sebesar alam. Tetapi ternyata jawapannya membuat penulis termenung sebentar. Mata apabila tertutup maka ia hanyalah satu organ sebesar bebola, tapi apabila dibuka ‘tingkapnya’ maka bukaannya adalah sebesar keseluruhan alam – sejauh mata memandang.

Buku Long – Chair Malay

Kompilasi teka – teki tersebut diperoleh daripada buku Long – Chair Malay yang diterbitkan pada tahun 1918 dan ditulis dan dikompilasikan oleh O.T Dussek.

Berikut adalah beberapa salinan muka surat buku tersebut:

Salinan PDF penuh buku tersebut boleh diperoleh di sini

O.T Dussek merupakan pengetua pertama Maktab Perguruan Sultan Idris. Beliau sebenarnya merupakan pegawai British yang bertugas di Tanah Melayu dan dikehendaki untuk mempelajari Bahasa Melayu sehingga menjadi sarjana bahasa tersebut, seangkatan dengan R.O Winstedt, R.J Wilkinson, C.C Brown, W.E Maxwell, W. Marsden, W.G Shellabear, J.Crawfurd, dan A.M.

Amat menarik apa yang dikatakan oleh beliau tentang Bahasa Melayu:

“Bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih dari 70 juta umat manusia. Ia merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa yang terbesar di dunia ini. Jangan lupakan hakikat itu. Peliharalah bahasa kamu itu, berusahalah meninggikannya ke tahap yang layak di kalangan bahasa-bahasa dunia. Apabila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggi pulalah taraf bangsa kamu,”

O.T Dussek

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.