Fakta Tulisan Jawi yang Kita Kena Tahu

Tonton versi video di sini Sudah semakin ramai yang tidak mengenal apa itu tulisan jawi. Tulisan jawi dulu merupakan tulisan keramat dan lambang peradaban Melayu, tapi kini semakin dilupakan. Hakikatnya, banyak cerita menarik tentang tulisan tradisi kita ini. Berikut adalah beberapa fakta – fakta tulisan jawi yang kita kena tahu! 1) Tulisan Jawi Berkembang Kerana Islam Orang – orang Melayu sewaktu kedatangan Islam di Kepulauan … Continue reading Fakta Tulisan Jawi yang Kita Kena Tahu

Apa Itu Paradoks?

Pernah dengar cerita Pinocchio?  Pinocchio adalah cerita tentang anak patung kayu yang apabila menipu, hidungnya akan memanjang. Pernah tak terfikir, apa akan jadi pada hidung pinocchio jika dia sebut “Saya sedang menipu sekarang” Kalau Pinocchio cakap benar, jadi hidung dia tak memanjang lah. Tapi bermakna betullah Pinocchio tengah menipu, jadi hidung dia perlu memanjang. Tapi dia bercakap benar…   Kalau Pinocchio menipu dengan kenyataan dia, … Continue reading Apa Itu Paradoks?

Petua dan Pantang Larang Melayu yang Rupanya Masuk Akal

Generasi sekarang dah ramai yang tinggalkan pantang larang dan petua datuk nenek mereka. Pantang larang dan petua dah dianggap tak relevan lagi pada zaman Facebook dan Instagram, malah banyak yang dianggap sebagai mengarut, tak masuk akal dan tak berasas. Sebenarnya, menurut Fadhilah Mat Noor, banyak pantang larang tradisi sebenarnya berguna dan masuk akal dan hanya cuma disalah fahami kerana anak bangsa tak memahami maksud yang … Continue reading Petua dan Pantang Larang Melayu yang Rupanya Masuk Akal

Kenapa Kadang – Kadang Kesesakan Trafik Jadi Tanpa Sebab?

Kita mungkin biasa hadapi perkara ini. Kita bawa kereta atas lebuh raya, kereta tak banyak, pergerakan lancar, cuaca tenang… Kemudian tiba – tiba nun di kejauhan ternampak kelibat kenderaan beratur panjang. Anda kini tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Beberapa puluh minit berlalu namun trafik masih lagi tak terurai. “Mesti ada kemalangan teruk dekat depan ni, harap – harap selamat lah mangsa – mangsa” Fikir anda … Continue reading Kenapa Kadang – Kadang Kesesakan Trafik Jadi Tanpa Sebab?

Betul Ke Atom Wujud?

Tonton versi video di sini Pernah dengar cerita 4 orang buta dengan gajah? Certia dia, ada 4 orang buta yang tak pernah bertemu dengan gajah, dibawa bertemu dengan seekor gajah. Maka mereka pun pegang satu persatu anggota badan gajah tersebut. Orang buta yang pertama pegang badan gajah, lalu dia kata “ooo, gajah ni macam tembok yang tebal” Orang yang kedua pula pegang kaki gajah, lalu … Continue reading Betul Ke Atom Wujud?

Ota Benga : Mangsa Fahaman Darwin yang Rasis

Siapa pernah tengok jadual ini? Diagram yang dipanggil ‘The Ascent of Man’ ini adalah antara gambaran yang paling popular dalam sains, untuk menggambarkan proses evolusi manusia. Berasal daripada fahaman Darwinisme yang diasaskan Charles Darwin, diagram ini menunjukkan bahawa seolahnya manusia berevolusi secara linear daripada satu keturunan beruk. Kini, diagram ini ditolak oleh saintis malah oleh mereka yang menyokong Darwin sendiri. Gambaran yang dibuat pada tahun … Continue reading Ota Benga : Mangsa Fahaman Darwin yang Rasis

Betul Ke Takat Didih Air 100 Darjah Selsius?

Kadang – kadang sesetengah perkara yang kita anggap fakta sains yang tak berubah mengejutkan kita. Salah satu daripadanya, adalah takat didih air akan sentiasa kekal pada 100 darjah selsius. Profesor Hasok Chang dari Universiti of Cambridge adalah pengkaji yang cuba meneliti kenyataan berusia lebih dari 200 tahun ini. Cerita kajian beliau dalam laporan the philosophy of engineering amat menarik untuk dibaca. Tapi sebelum tu, kenapa … Continue reading Betul Ke Takat Didih Air 100 Darjah Selsius?

Apa Itu Sistem Captcha?

Macam mana nak buktikan seseorang itu robot atau tak? Soalan ini mungkin dengar macam pelik, tapi itulah masalah yang ditanya oleh syarikat gergasi, Google. Dengan hampir 2 billion pengguna, perkhidmatan atas talian Google sebenarnya bukan saja diakses oleh manusia, tapi juga robot.   Bot – bot ‘Jahat’ Apa yang robot – robot ni buat? Apabila anda taip di enjin carian, biasanya anda hanya akan pilih … Continue reading Apa Itu Sistem Captcha?

Kenapa Matematik Susah?

Tonton versi video di sini Kenapa matematik susah? Ini bukanlah artikel untuk beri motivasi, “anda boleh kuasai matematik kalau rajin!” , “matematik boleh diselesaikan dengan usaha”, “dengar cakap cikgu matematik!”. Eh tak. Matematik memang susah. Tapi kenapa? Kenapa Susah? Apa maksud ‘susah’? Kalau kita kata susah untuk angkat berat 50 kg. Kita faham ia susah sebab di luar kemampuan otot fizikal kita. Kalau orang kata … Continue reading Kenapa Matematik Susah?

3 (Lagi) Pencapaian Saintifik Dunia Melayu yang Kita Tak Tahu

Tonton versi video di sini Bahagian 1 di sini Tak sangka ada beberapa ciptaan tradisi dunia Melayu yang kita anggap mudah dan biasa, tapi bila digali rupa – rupanya memiliki nilaian saintifik! Artikel ini senaraikan 3 (lagi) pencapaian saintifik dunia Melayu yang kita mungkin tak tahu. 1) Tudung Saji Selama ini kita menganggap tudung saji hanya untuk menutup makanan, tak nak bagi lalat hinggap. Tapi … Continue reading 3 (Lagi) Pencapaian Saintifik Dunia Melayu yang Kita Tak Tahu