Jawi Cerita Sedih Buat Kita

Sejarah jawi adalah cerita sedih buat kita. Jawi sebati dengan orang Melayu selama hampir seribu tahun. Adanya batu bersurat Terengganu menjadi lambang kemegahan tulisan keramat kita ini. Tulisan rumi baru digunakan 50 tahun. Sultan – sultan Melayu hantar surat kepada Raja Portugal, England dan Perancis guna tulisan jawi. Ulama – ulama kita tulis kitab – kitab hebat warisan Nusantara guna tulisan jawi. Punyalah sayang orang … Continue reading Jawi Cerita Sedih Buat Kita

Jangan Dibiar Saintis – saintis Hebat Kita ‘Hilang’.

Negara kita terima berita – berita membanggakan tentang pencapaian – pencapaian terkini dalam bidang sains. Terbaru, pelajar – pelajar sekolah menengah dari perkampungan nelayan kita peroleh juara dunia dalam pertandingan pendidikan nuklear antarabangsa, dan seorang saintis muda kita diberi anugerah penyampai sains terbaik di dunia. Ini satu perkembangan yang menyeronokkan terhadap masa depan pendidikan sains di negera kita. Namun, berita kejayaan ini jangan dibiar terhenti … Continue reading Jangan Dibiar Saintis – saintis Hebat Kita ‘Hilang’.

Kenapa Bendera LGBT begitu Tinggi di Universiti Eropah?

Mungkin antara perkara paling ketara apabila menjejak kaki ke universiti Eropah adalah bendera yang terpacak tinggi di bangunan utama universiti. Bukan bendera universiti, bukan bendera negara England / Wales / Scotland, bukan bendera Kesatuan Eropah yang terpacak, tapi bendera pelangi LGBTQIAPK (Atau disingkatkan kepada LGBT+, eh betul ni.) Kenapa istimewa sungguh bendera ini sampai diberi layanan hebat sebegitu rupa di institusi keilmuan Barat? “Jangan Dicabar … Continue reading Kenapa Bendera LGBT begitu Tinggi di Universiti Eropah?

Kasihan dengan Generasi Baru Sekarang

Rasa kasihan tengok generasi baru sekarang. Bayangkan apa perasaaan anda bila ‘poster boy’, wakil keluaran generasi anda yang paling terkenal adalah golongan lepasan SPM berlagak pondan, yang tak puasa sebab tak alang – alang tak solat? Sedangkan generasi yang sama juga baru – baru ini beri negara kita johan dunia dalam pertandingan nuklear peringkat antarabangsa. Itulah hakikat zaman sekarang. Kebodohan itu terjual, malah laku teruk. … Continue reading Kasihan dengan Generasi Baru Sekarang

Betul ke Pelajar Mat Saleh Sentiasa Lagi Pandai?

Saya pernah satu kumpulan projek tahun ketiga kejuruteraan di UK. Kumpulan saya seorang Melayu, dua orang Cina dari Tanah Besar dan seorang mat saleh tempatan. Kami berjanji berjumpa untuk mesyuarat mingguan pukul dua. Saya sampai paling awal, disusuli oleh kawan – kawan Asia yang lain. Hanya kawan mat saleh itu saja yang belum sampai. Jadi saya telefon tanya, “hang kat mana?” (bahasa Inggeris) Dia jawab … Continue reading Betul ke Pelajar Mat Saleh Sentiasa Lagi Pandai?

Ilmu Sentiasa Lebih Relevan Dari Politik

Amat  mengagumkan apabila kita renungi sejarah. Pada zaman awal tamadun Islam, hakikatnya banyak saja pergolakan politik yang berlaku. Politik kerusi diraja, perebutan kuasa, peralihan empayar, peperangan dengan kuasa lain. Semua ini pada zaman itu pasti dianggap isu besar yang mesti diambil serius dan mengisi segenap perbualan masyarakat. Kalau ada Facebook zaman tu mesti jadi topik trending isu – isu politik besar ni. Tapi menariknya, ribuan … Continue reading Ilmu Sentiasa Lebih Relevan Dari Politik

Masalah Slogan “Belajar Luar Negara, Nanti Balik Malaysia Sumbang”

Slogan “belajar luar negara, nanti balik Malaysia sumbang” mungkin satu slogan yang amat biasa didengari oleh pelajar luar negara. Pemergian mereka ke negara – negara seberang, terutama sebelah Barat memakan kos yang banyak dan mereka menjadi satu aset pelaburan yang mahal oleh negara. Jadi, sewajarnya, kita nak mereka balik menyumbang. Apatah lagi, mereka ini pastilah terdiri dari kalangan pelajar – pelajar luar biasa yang cemerlang … Continue reading Masalah Slogan “Belajar Luar Negara, Nanti Balik Malaysia Sumbang”

3 Nasihat Untuk Pelajar ke Luar Negara

Untuk pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara, beberapa nasihat untuk anda: 1) Bila sampai ke luar negara, terus cari masjid dan surau. Bumikan diri anda dengan fitrah anda. Tuhan yang sama di Malaysia adalah yang sama juga di UK / Mesir / Australia dll. 2) Jumpa kawan tempatan, cuba cari ruang untuk bercakap tentang belief. Faham apa kepercayaan dan budaya mereka. Perkara ni … Continue reading 3 Nasihat Untuk Pelajar ke Luar Negara

Ada Beza ke Bila Kita Masuk Sekolah ‘Elit’ dan Sekolah ‘Biasa – biasa’?

  Waktu tahun ketiga Universiti kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk selesaikan projek semester tersebut. Mulanya saya macam biasa lah, tak kisah sangat kumpulan mana dapat. Kumpulan kali ni saya seorang Melayu, seorang China dan 3 orang Mat Saleh. Bagus juga bahagi kumpulan rawak ni, boleh buat member baru.  Tapi rupa – rupanya tekaan saya salah. Rupa – rupanya kumpulan tak dibahagi secara rawak, tapi … Continue reading Ada Beza ke Bila Kita Masuk Sekolah ‘Elit’ dan Sekolah ‘Biasa – biasa’?