Betul Ke Atom Wujud?

Tonton versi video di sini Pernah dengar cerita 4 orang buta dengan gajah? Certia dia, ada 4 orang buta yang tak pernah bertemu dengan gajah, dibawa bertemu dengan seekor gajah. Maka mereka pun pegang satu persatu anggota badan gajah tersebut. Orang buta yang pertama pegang badan gajah, lalu dia kata “ooo, gajah ni macam tembok yang tebal” Orang yang kedua pula pegang kaki gajah, lalu … Continue reading Betul Ke Atom Wujud?

5 Kerjaya yang Bakal Terselamat Daripada Diganti Robot

Pertambahan automasi robot miliki pelbagai kelebihan, seperti peningkatan produktiviti. Tetapi keburukan yang utama adalah pekerja kini bimbang nasib kerjaya mereka yang mungkin tidak lagi relevan beberapa dekad yang mendatang. Kajian terbaru menunjukkan generasi milenial memilih kerjaya yang ‘kebal masa depan’, yang berkemungkinan kecil akan diambil alih oleh mesin. Namun ia tidak menghilangkan kebimbangan peluang kerjaya mereka akan tetap ‘dicuri’ oleh robot. Artikel oleh Independent menyenaraikan … Continue reading 5 Kerjaya yang Bakal Terselamat Daripada Diganti Robot

Ota Benga : Mangsa Fahaman Darwin yang Rasis

Siapa pernah tengok jadual ini? Diagram yang dipanggil ‘The Ascent of Man’ ini adalah antara gambaran yang paling popular dalam sains, untuk menggambarkan proses evolusi manusia. Berasal daripada fahaman Darwinisme yang diasaskan Charles Darwin, diagram ini menunjukkan bahawa seolahnya manusia berevolusi secara linear daripada satu keturunan beruk. Kini, diagram ini ditolak oleh saintis malah oleh mereka yang menyokong Darwin sendiri. Gambaran yang dibuat pada tahun … Continue reading Ota Benga : Mangsa Fahaman Darwin yang Rasis

Betul Ke Takat Didih Air 100 Darjah Selsius?

Kadang – kadang sesetengah perkara yang kita anggap fakta sains yang tak berubah mengejutkan kita. Salah satu daripadanya, adalah takat didih air akan sentiasa kekal pada 100 darjah selsius. Profesor Hasok Chang dari Universiti of Cambridge adalah pengkaji yang cuba meneliti kenyataan berusia lebih dari 200 tahun ini. Cerita kajian beliau dalam laporan the philosophy of engineering amat menarik untuk dibaca. Tapi sebelum tu, kenapa … Continue reading Betul Ke Takat Didih Air 100 Darjah Selsius?

Apa Itu Sistem Captcha?

Macam mana nak buktikan seseorang itu robot atau tak? Soalan ini mungkin dengar macam pelik, tapi itulah masalah yang ditanya oleh syarikat gergasi, Google. Dengan hampir 2 billion pengguna, perkhidmatan atas talian Google sebenarnya bukan saja diakses oleh manusia, tapi juga robot.   Bot – bot ‘Jahat’ Apa yang robot – robot ni buat? Apabila anda taip di enjin carian, biasanya anda hanya akan pilih … Continue reading Apa Itu Sistem Captcha?

Kenapa Matematik Susah?

Tonton versi video di sini Kenapa matematik susah? Ini bukanlah artikel untuk beri motivasi, “anda boleh kuasai matematik kalau rajin!” , “matematik boleh diselesaikan dengan usaha”, “dengar cakap cikgu matematik!”. Eh tak. Matematik memang susah. Tapi kenapa? Kenapa Susah? Apa maksud ‘susah’? Kalau kita kata susah untuk angkat berat 50 kg. Kita faham ia susah sebab di luar kemampuan otot fizikal kita. Kalau orang kata … Continue reading Kenapa Matematik Susah?

3 (Lagi) Pencapaian Saintifik Dunia Melayu yang Kita Tak Tahu

Tonton versi video di sini Bahagian 1 di sini Tak sangka ada beberapa ciptaan tradisi dunia Melayu yang kita anggap mudah dan biasa, tapi bila digali rupa – rupanya memiliki nilaian saintifik! Artikel ini senaraikan 3 (lagi) pencapaian saintifik dunia Melayu yang kita mungkin tak tahu. 1) Tudung Saji Selama ini kita menganggap tudung saji hanya untuk menutup makanan, tak nak bagi lalat hinggap. Tapi … Continue reading 3 (Lagi) Pencapaian Saintifik Dunia Melayu yang Kita Tak Tahu

Masalah yang Sains Tak Boleh Selesaikan Sampai Sekarang.

Pernah dengar tentang masalah swan hitam? Cerita dia, orang Eropah temui ribuan swan di tempat mereka. Semua warna putih. Maka setelah beribu – ribu kali membuat pemerhatian yang sama mereka buat satu klaim “Semua swan berwarna putih” Sampailah mereka berjumpa dengan swan berwarna hitam di Australia. Maka runtuhlah klaim tersebut. Ini adalah masalah klasik dalam sains, yang dipanggil ‘the problem of Induction’. Iaitu lebih kurang … Continue reading Masalah yang Sains Tak Boleh Selesaikan Sampai Sekarang.

5 Peribahasa yang Sering Disalahertikan

Tonton versi video di sini Pernah tak kita rasa ada sesetengah peribahasa yang kita biasa guna, tapi dirasakan macam tak kena? Rupanya atas beberapa sebab, ada beberapa kesilapan peribahasa yang diwarisi turun – temurun. Artikel ini senaraikan 5 peribahasa Melayu yang selalu disalahgunakan. 1) Melepaskan Batuk di Tangga Pernah tak kita terfikir, kenapa bila kita batuk di tangga, dikatakan tak cermat atau tak bersungguh – … Continue reading 5 Peribahasa yang Sering Disalahertikan

Betul ke Pelajar Mat Saleh Sentiasa Lagi Pandai?

Saya pernah satu kumpulan projek tahun ketiga kejuruteraan di UK. Kumpulan saya seorang Melayu, dua orang Cina dari Tanah Besar dan seorang mat saleh tempatan. Kami berjanji berjumpa untuk mesyuarat mingguan pukul dua. Saya sampai paling awal, disusuli oleh kawan – kawan Asia yang lain. Hanya kawan mat saleh itu saja yang belum sampai. Jadi saya telefon tanya, “hang kat mana?” (bahasa Inggeris) Dia jawab … Continue reading Betul ke Pelajar Mat Saleh Sentiasa Lagi Pandai?